Friday, September 3, 2010

Hidup Tak Perlu Lama untuk Ucap Sayang : Selagi ada nyawa

"Awak awak, awak ingat saya selalu call awak tengah-tengah malam sebab nak dengar suara awak je ? Saya tahu awak busy study, sebab tu saya tunggu"

"Saya sebenarnya takut awak marahkan saya"

"Kadang2 saya terbabas, tapi mcmana pun saya mesti ucap Good Night Sleep Tight sebab saya memang selalu ingatkan awak. Saya tahu awak takan balas sebab awak pun dah tidur"

Ada masa awak buat saya sedih sangat bila awak ignore dan tolak saya ketepi dalam banyak perkara. Bila saya cuma nak kongsi sesuatu tapi awak takut orang lain tahu. Ingat tak lagi the two things awak dah janji pada saya, sampai skrg tak ada pun.

Dah lebih 3 kali saya minta, dan setiap itu awak kata okay, okay, okay. Saya takkan minta lebih dari 3 kali.

Kadang-kadang, saya terkilan awak buat saya macam nie.

Tapi saya tahu, awak sangat sibuk kan ? Hati saya sejuk bila awak datang minta maaf. Saya tahu awak tak bermaksud pun. Kan ? Kan ?

atau

mungkin saya tak cukup bagus untuk awak ?

atau

mungkin saya salah. Salah sebab mahu lebih bila apa yang awak ada hanya cukup untuk seadanya ?

tapi cuma satu pesan saya

"satunya harta saya awak dah pegang, saya harap awak jaga elok-elok"

"awak awak...saya penat. Biar saya berehat dulu"

Selamat tinggal buat sekarang.

*picisan mana hanya kira maknanya sahaja