Monday, June 28, 2010

Sudah !

9.30 pm tonight will mark all the difference. Aku tinggilkan semuanya di sini. Yang penting sahaja aku bawa pulang. Kisah karut, cerita mati, lara pendosa dan hikayat songsang semua aku mahu tinggal.

Two weeks of awfully sinful unforgettable faces is enough. Ada yang kata sayang sekadar buat aku tertunggu siang malam. Aku halalkan caranya. Pada yang di otak sekarang cuma sekadar gugur menretak bumi.

"I'm male whore" Perlu kah aku sinikal dengan hidup sendiri ? Atau ada perlu aku dikencing atas muka ?

Paling sakit jika kau open up segala rahsia hanya untuk ditinggalkan tanpa selamat tinggal di akhirnya. Oh lupa, dia tidak faham kenapa parut itu gatal.

This is, I am walking away for good !

Allah will always be with me, Damned sinner like me has soul too

Wednesday, June 23, 2010

Selangkah Sudah Pergi



Ok. American Foundation Program dah. Calculus 1, Calculus 2, Cell Biology and Chemistry semua dah lepas. American Credit Tranfer Program pun dah lepas !

*diam

Ah sebak ! Dengan hidup aku yang masih tunggang-langgang ibarat tongkah pecah dibalun ribut aku sayang, sangat-sangat sayang nak tinggalkan semua yang buat hari-hari aku indah di sini ! Terumanya Miss Mala (menteri pembangunan ipoh ), Badr (Si Bulan), ChuChu fei tut tut aku.

"Just know that you're not in this thing alone
There's always a place in me you can call home
Whenever you feel like we're growing apart
Let just go back back back back back to the start"
[Andre Meritt]

Langkah semakin ke depan. Tempat di Rutgers sudah konfirm. Passport pun sudah siap. Visa US pun dah terima. Graduation pun sudah. Sekarang cuma hiatus selama less than 2 months.





*tarik nafas

Dalam masa kurang dua bulan aku akan tinggalkan tanah kelahiran aku. Ke tempat asing di mana aku pula adalah seorang stranger. Perasaan berbaur sayang dan takut. Takut pada gelap di negara orang. Semua ini untuk cita-cita aku. Tidak semestinya dalam apa aku duduki exams setiap semester. Impian aku yang sebenarnya.

"Is it better ? Is it worse ?
Are [I] sitting in reverse ?
It's like [I'm] going backwards
I know where I want this to go
Driving fast but let's go slow
What I don't wanna do is crash, no "
[Adre Meritt]

Semoga semuanya akan bertambah elok dan kuat.

" Anything that's worth having
Is sure enough worth fighting for
Quitting's out of the question
When it gets tough gotta fight some more"
[Andre Meritt]



AH SEBAK ! TAK NAK TULIS DAH !

Monday, June 21, 2010

Tentang bingkinsandamaikasturi@blogspot.com dan juga Pencarian Meratah Hidup

Aku tak tahu kenapa aku sangat-sangat suicidal bila aku bosan. Sengaja aku titik nila dalam susu. Masihlkah ada yang sudi dekat selepas semuanya punah ? Baru sekarang aku terfikir, bagaimanakah esok, bagaimanakan lusa dan bagaimanakah masa depan?

Bagaimana akan aku terangkan kepada pemilik hati tentang silam yang kelam ? Cara apa yang paling tidak akan buat dia terluka dengan siapa aku sekarang ?

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji.........wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik....."

Begitu bagaimana Allah mempertahankan Aisyah r.a daripada fitnah dalam suruh an-Nur. Maknanya, aku simpulkan aku bukan dari kalangan lelaki-lelaki baik? Jika benar, jelas cerah terang hari esok.

Kondisi ang jerumus tadi buat aku terpikir bahawa "he is a pig !!" ....kemudian aku sedar yang aku juga tidak ubah seperti dia. A what ? A pig !

Yes.....sometimes aku terpikir macamana aku boleh rendahkan diri aku sampai ke tahap itu sekali. Serendah-rendah darjat manusia.

Aku masih cuba untuk berubah. Aku perlu lelaki sepermainan yang buat aku lupa tentang bosan dunia. Perlu seorang perempuan dalam hati buat hari semakin indah.
Seolah dan seperti buat dosa. Apa perlu aku buat jika sedar di pertengahan ? Semua tahu, hidup tidak berundur. Masa tak mungkin berpatah arah. Malaikat Atid tidak mengkin memadam apa yang telah dicatat. Rapib pun tidak mungkin akan cover up untuk aku.

Apa guna menyesal bila sudah terhantuk ? Benjol tetap ada. Cuma berdoa agar lebam tak panjang.

Beginilah hidup aku. Aku berjalan dalam satu

PENCARIAN MERATAH HIDUP


kerana hidup ini kejam. Setiap langkah aku silap, hampir semua akan disiat lumat. Dengan dosa-dosa buat hati kelam timbul umpana hama di atas tikar sejadah. Aku mencari sesuatu yang sekarang aku pun tak pasti apa dia. Cuma sekadar dikhabarkan agar terus mencari.

Setakat ini semua yang aku jumpa dalam carian ini, walaupun banyak buruk dari molek, makin asah arah tuju aku dalam hidup. Tak kurang jejari tangan yang sanggup menusuk tahi buat nafsu orang lain senang.

Ini mungkin my bumpy roads.

Aku berjalan dengan

BINGKISAN DAMAI KASTURI

buat bekal agar jalanan aku seharum kasturi biar tangan penuh tahi. Agar damai berjalan sungguh jiwa meronta mahu bebas dari dosa dan mahu terus berdoa. Semoga Allah masih simpati dan biarkan kasturi ini dengan aku.

Aku mahu terus hidup.

Amin.

Juga maaf, semua aku tulis ini benar bukan sekadar mahu bermuka. Aku cuma mampu untuk cuba berkias kerana aku sendiri malu dengan cara aku hidup.

Aku akan terus cuba



Monday, June 7, 2010

A Mere Thought of a Friend

Kenapa perlu semua ini ?

HATI SESAK SEBAK

..............


I can't do this anymore any longer

I'm so sorry

Untuk Kebaikan Semua

"aku sanggup ko benci aku kalau semua ini bleh selesai"
"I'm sorry"
"Farewell Tarmizi"

Saat aku lepaskan pergi seorang kawan....


I wish he knew how much it hurts

Letting go is never easy

And the pain it stamps will never cease

Just let me be the one to leave

Just let me be........

Saturday, June 5, 2010

Apa Kamu Akan Buat ?

Di kampung.

Solat subuh 6.45 pagi dan kutip buah kuini lepas mak aku lecture aku seberat 3 karong guni dan bila berselipar jepun basah sambil bau kuini jatuh yang bercampur dengan embun sepatutnya buat aku tenang.

Tidak.

Lihat Panjang si meow meow malas-malas atas kayu bawah rumah tunggu masa makan tengahari sepatutnya buat aku geram mahu kacau dia tidur. Rutin pagi waktu kanak-kanak untuk memburu nasi lemak. Sekarang.....

Tidak

Bau embun dan merahdagu langit belakang batang pokok pinang dulu selalu buat aku rindu rumah. Rindu mahu pulang. Rindu ayam-ayam arwah Pak Cik Man bertenggek atas dahan pauh. Rindu mahu termenung di pantai, membuang masa secara berhemah. Petang biasanya berkayuh sana-sini cari kedai condel dan pisang lembik goreng mampu kick start nocturnal activities aku dengan penuh hebat sekali. Kini...

Tidak

Susah jadi lelaki yang (pernah) selalunya excited untuk semua perkara yang dibuat.

~Mahu kemas rumah exicted.
~Mahu turun dinner ramai-ramai excited.
~Mahu chat dengan strangers excited.
~Mahu kluar outing biasa wiken excited.
~Mahu goreng cendawan untuk housemates excited.
~Mahu ke tandas pun aku akan beritahu satu rumah aku.

*senyum

Jalan hidup. Titik mula kita sepak mula dengan carian apa mahu kita. Kita cari, kita cari dan terus cari. Sepanjang jalan, seperti Jalan Petaling yang penuh dengan brader2 borong. Ada masanya kita dapat pakej borong baik. Ada masa tidak.

Kebanyakkan masanya, tidak.

Lepas seketika, kita mula mahir perihal emosi yang merempat. Celah mana letaknya hotel, susur mana adanya brothel, jalan mana bersih, jalan mana penuh lalat. Semua kita mula hafal sampai suatu masa, kita cukup mahir untuk mengajar mereka yang baru. Katakan, mahir itu apa yang kita angankan. Katakan.
Dan akan sampai juga suatu masa, kebiasaan yang keterlaluan buat dunia hambar. Hiasan jalanan, peha2 perempuan, peluh2 jantan dan macha jual cendol, semuanya sama untuk masa masa akan datang.

Oh mungkin muka warisnya bertukar silih.

Dan orang juga akan kata, saat magis hanya sekali. Apa akan jadi bila magis itu mula hilang? Aku nampak dalam cermin. Aku dengar dalam mata. Aku hidu tepi jalanan. Semangat mula hilang. Mahir aku bukan lagi penuh teruja seperti dulu.

Hambar

My forte is leading me somewhere else, falling in love with something I am not suppose to.

Malam-malam aku sesak dengan kata manis buat hati sebak. Aku baca sekali, dua kali, tiga kali. Sesak ! Tulisan dan kata aku mula songsang, berpatah arah pada petunjuk lalang. Hati aku kecamuk dengan masa depan yang mula mengecil, masa kini yang kebelakang dan juga setiap masa yang menghambat pergi.

Buat seketika, aku sangka adanya teman bercakap di hujung talian buat aku tenang.

Sekali lagi tidak. Bukan tenang, cuma sekadar lega mendengar suaranya yang tahannya tak ubah seperti dentum kilat dari muka langit hingga ke dahi bumi.

Beritahu, apa perlu kita buat apabila magis mula hilang ?

Thursday, June 3, 2010

Berfikir Sebentar

Akui....aku tidaklah sewarak mana. Yeah. Aku jahat but it doesn't take away my responsibilities.

I am growing up.

Cuma Hati aku agak tersentuh menbaca ini.

Mungkin kalian juga patut baca.