Friday, October 30, 2009

Seperti Biasa

Okay finals dah habis. Paper terakhir aku screw up satu soalan. Salah buat arrangement untuk output. Dewan sejuk gile babi. Hingus turun naik mcm lif kt KLCC so aku putuskan untuk keluar awal sebab dah tak tahan. Tawakkal je lah.

Hari patutnya pergi merewang ke Sunway konon konon ah nak celebrate tapi jadahnya tak jadi dan aku end up menari lagu Sanggam dalam bilik. Haha bol radha bol radha ! Nie mesej berkenaan ketidakjadian ke Sunway untuk org tu.

"Since we are close, let me tel u sumtin b4 u hear it from sum1 else: im so fucking pissed off wit u.so many times i asked u whether 2day jadi or nt v go to sunway, u always said "yes!mestila jadi" u said we'd go after my prayer. at ***** tadi pun u said go back sleep 1st. n u now wat?after prayer i quickly ran back, bathed and changed n later jus to find out that u tak jadi pegi. ****** oso asked me to go bt i said i'd go wit u bcz sum1 said we were goin to celebrate sum1's bday. by that time, thay all went dy. n thanks to this im al alone nw doing fucking nothing. n dun even bother replying,u'll make it worse. i'd be fully sane by 2moro"

Hahaha dramatik betul aku. Padahal geram je kot...hihi. Sorry lah aku mmg cepat geram dan sangat susah untuk marah. And jangan lupa ai memang dramatik.

Peace! :p

Cuti baru start but now I dun even feel like going back to Terengganu but then have to sebab kesian kt kupu kupu aku. Sebab nanti abang aku tak ada kt rumah.Abang aku sorang nieh nk pg outstation boleh pulak nak berebut luggage dengan aku. Luggage aku jugak dia nak. Beli je lah yang baru.

Aduhai abangku oh abangku. Lucu betul.

Aku stay back sebab kena settlekan uni app. kena daftar online lah tu lah ni lah....tak reti betul.

Cuti 2 bulan nie aku ingat nak pegi backpacking around Malaysia. Cheewaahhh bunyi mcm duit banyak je. Haram betul...aku tgh planing nk pg sesat kt kawasan mana. Seronok kan tengok tempat orang? Kan? Ade sape2 nak ikut? Atau sape2 yang ade xperience backpacking share la dgn aku.

Waaa sekarang dah boleh terbayang, wear shorts, retro glasses, pakai topi, jalan galas beg kt tepi jalan. Waaa gile cool !!! datang hujan, baru haru !

Esok pg UKM untuk Bio filed trip...i can literally see my future now. Super cun. Tak sabar nak sambung belajar. Oh shit, aku lupa tentang kewujudan "exam" .....aduuuuuiiiii.

Hari ini aku baru sedar yang tak ada ability untuk benci orang. Tengahari tadi adelah pompuan yang aku benci gila babi nie sbb dia nie jenis manusia yang menyusahkan duduk dekat aku. Dia borak borak....at 1st mcm meluat gila tapi entah kenapa 5 saat kemudian aku pun tak sedar yang aku pun sama borak and gelak2 dengan dia sampailah that small little gathering habis. Ade banyak orang yang aku tak suka for certain reason tp sekarang all of them end up getting along with me very well.

Bagus jugak mcm nie. Tak baik lah benci membenci nie. Aku percaya yang dalam dunia nie tak ada orang jahat, they are jus being difficult, that's all.

And what de fak wei? Aku baru tahu yang bestfriend aku dah pindah rumah so aku takan dapat jumpa dia lagi !!!!!

Fak Fak Fak Dem !! Macamana ni???????? Nie membuatkan aku lagi tak nak balik. Semua orang dah tak ada !

T.A.K S.U.K.A

Sunday, October 25, 2009

i talk to you as to friend

I'M FEELING UNWORTHY AND STAGNANT .....



Tolongla aku.
Kantung mata dah penuh.
siapa siapa,temankan aku menangis....

Friday, October 16, 2009

Aku Yang Makin Lame. (~_~")

Cepatla habis bulan 10 nieh aku dah tak larat nak mengadap Calculus. Tak tahan la aku nak mengamir nombor nombor nie. Cell cell neuron aku dengan meriahnya mengebom semua memori2 daun pisang Matematik Tambahan masa di bangku Form 4 & 5. Suka hati beb i tell you diorang lipat formula2 vector dan integration buat jadi kapal terbang kertas. Terbangkan dan kena bakar kena meriam buluh. Mahu menjawap exam, aku sendiri tak tahu mana nak mula. Hahaha

Jadahnya; aku FAIL Calculus untuk mid-sem. Dan tadi test 3 pun macam nak retak otak aku naik space shoot cari macamana nak mula. Harap harap yang conteng2 kat tepi2 tu dapat markah jugak. Tapi, tapi....aku gila berkenan dengan ilmu Biology. Habis semua ah nama pelik saintifik aku dapat ingat.

Haram, formula Math takle pulak.

Bodo betul.

Huhu......anyway, life goes on like usual. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju pergi sekolah. Okay tipu, selalunya aku gosok gigi petang sebab lupa. Mujur aku tak banyak makan so tak ada lah naik bau sangat.

Nak cerita panjang lebar pun tak cun sebab tak ada yang best sangat pasal hidup aku sekarang nie. Buku buku buku tido tido tido. Itu saja. Not kinda a rocking bachelor life i would say.

Oh maybe ada....satu kelas aku sekarang tengah meriah padankan aku dengan classmate aku. Sebab apa, sebab kitorang selalu bertekak. She's an Indian fyi, Hahaha....lucu jugak, mula2 aku kena boom, then satu kelas ada pasangan classmate masing2. Semuanya nak interacial je. Bodo giler. Budak2 nie ada nak kena lempang dengan maruku dengan aku nanti.

Hahaha.....nasib baik lah ada diorang. Ceria sikit hidup aku.

And by the way, sekarang aku rasa....entah la...macam bangga sikit kot dengan diri aku. Sebab apa? Sebab aku dapat bertahan lebih dari 5 minit hang out dengan budak2 Melayu lain. Bangga la bai, sebab sekarang nieh, aku rasa aku lagi banyak kawan non-Malay dari yang Malay sendiri. Budak2 Melayu yang aku boleh cakap lebih 3 minit pun boleh kira dengan jari, xyah susah2 guna calculator, sebab mmg sikit sangat.

Sumpah.

Rasa kekok ah. Rasa distant sangat.....im talking as if im not a Malay myself kan? Lupa diri betul.....dah nak buat macamana? You tell me lah h0w?? Adoii la......harap2 tak ada yang judge.

Ok....sekarang aku mahu tido (kot). Esok nak basuh baju, jemur baju, kemas rumah and pergi groceries shopping. Ingat nak pergi merewang tapi semua balik rumah. Haiz....tak suke doe.

Cis! aku ingat sekarang baru pukul 11. Pukul 3 pagi dah wei!!! Dah dah...

Babai.


Saturday, October 3, 2009

Lenyap.....

Ummie seperti biasa tengok berita TV3 terutama mahu tahu perihal di Padang.

Dia diam saja habis berita dia tanya aku

"Kenapalah Allah marah sangat dengan Indonesia?"

Dia berkerut senyum.

Setakat ini maksudnya yang aku tahu

Allah marah pada Indonesia.

Adakah Allah juga sudah sakit hati dengan Malaysia?