Monday, September 21, 2009

Raya Aku Yang Sangat Best!!!!

Semuanya dah berubah.......

Pernah dulu, berdenai aku merankak sebab miang bilah lalang buat tangan tak habis habis mengaru. Bodoh tak berilmu memang buat buat aku sumbing. Diamkan sahaja jika sukaan aku menjadi salah atau kejanggalan di mata orang. Lumrah manusia tak senang mata merenung lihat janggal orang.

Persetan apa mereka hasadkan...persetankan.

Semuanya dah berubah........

Dulu, raya aku lain. Mungkin kerana waktu usia subuh resolusi neuron untuk menimbang apa sebenarnya yang jatah dalam keluarga belum lagi berkembang. Waktu kecil, telinga kita sensitif pada

"Adik, salam dengan pak long (etc lah siapapun). Meh sini, raya dengan pak long!!"

Dalam hati hanya mengira berapa banyak duit raya yang mampu dikumpul. Sikit tak diendah kueh2, sate, lemang apa apa sahaja...semuanya duit duit yang dihambur yang tua sebagai tanda kau masih ditatang sayang. Konon.

Ke mana sahaja, sebelum pulang semasa bersalam, kelip kelip mata buat comel. Tak payah bimbang, budak kecik memang akan dapat duit raya.

Tapi bila kau besar, membesar pula dalam keluarga yang penuh dengan cerekarama melayu macam di TV3 setiap Sabtu, pasti kau rasa apa aku rasa. Depan2, sepupu saudara buat muka berseri..kan mahu raya kan? Cuba kau pekakkan telinga dan belakangkan mereka, baru kau dengar apa yang mereka rasa geli hati menganyam cerita tentang kau, dan di mana lompang hidup kau sekeluarga.

Raya aku hanya seumpama hari pertama yang tak perlu berpuasa lepas Ramadhan. Terlalu biasa aku rasa. Ada jalur darah dekat pun, hampir semua bukan baya aku, mereka pun buat macam tidak pernah kesah adakah keluarga yang lain?

Dem.....

Adakah sebab aku sendiri ini yang sombong? Mungkin. Bagaimana mahu bersilah rapat antara keluarga kalau mereka sendiri yang menjauh? Tidak aku berkira siapa dahulu yang menghulur tangan bersalam, tapi jika sudah keluarga, memang kita adalah se.k.e.l.u.a.r.g.a.

Dan raya pertama sepatutnya hari keluarga. Tapi.....ke mana nya?

Payah! Cukup payah jika kamu semua lalui semua ni.

Rumah aku cukup sunyi setiap raya. Ya. Cukup sunyi dan untuk setiap raya. Aku pelik kenapa yang lain cukup berat untuk beraya di sini, it's not lah as if I'm saying my place is THE PLACE tp famili aku mudah sahaja ke sana ke mari dengan kereta buruk abah itu untuk ke rumah mereka instead. Inikan pula mereka yang lebih mobil.

Jadi solusinya hari ini, 1 Syawal.....kerna di sini penuh sunyi, aku hambakan diri melihat wajah wajah gembira seperti keluarga ex lecturer aku, Ms. Farina Abdul Jabar beraya. Nampak gembira dan meriah. Tersengih sengih aku.

Lihat video salam raya kawan2 aku g US. Nampak mereka rindu pada famili, pasti raya raya mereka di sini sebelumnya meriah kan? Biar tak merasa raya di rumah sendiri, untung mereka tak merasa apa aku rasa.

Nanti, mungkinkah akan aku rindu raya di sini? Mungkin hanya rindu beraya dengan Mie, Abah dan Ku Amir. Yang lain......

mungkin tidak.

Ya.Semuanya memang dah berubah.

Monday, September 7, 2009

Im Feeling Suicidal Now


Memperkenalkan satu satunya musuh / tukang urut / tukang cubit /tukang masak aku yang sangat best !!

:] :] :]

*diam

Aku kusut. Sumpah rasa macam nk terderai air mata.

Tak tahan. Semuanya macam dah too much to bear.

Aku mahu kawan.