Wednesday, May 27, 2009

BoyFren Materials?? Lucu tp Tenkiu


Angin kalau kita dengar betul, mungkin isinya lucu...Hidup macam nie lah.Malas ketepi segan ketengah. Nanti apa orang kata.

Dulu aku pernah kata aku ini Single. Available. Desperate. Sebab apa? Ya... sebab aku buruk dan mungkin ada yang berkata sangap mahu bercouple. Sekali, aku bukan Melayu tipikal yang control macho dada tinggi depan perempuan.

Pergi mampos la.

Aku pernah kata pada sahabat, Eashah, "kalau ko nampak aku control macho depan pompuan, ko jangan cakap banyak, ko campak je aku dalam kandang babi mana mana, okay?"

Hahaha...

Kalau aku rasa nak menangis aku redah je. Buat apa la makan dalam, mati cepat ar bro. And in fact, i cried several times already in front of my girlfriends, so macam what the hell la kan kalau orang kata aku ni kurang "manly".

Mereka bodohla kalau cuba timbang timbang "manly" side aku....takan nak suruh aku bukak seluar kot. Come on people..

Think
Think

Mengomel nie bukan aku emo nak berlaga buku lima dengan sapa sapa cuma lucu aku tengok budak budak control macho ni... Waahh....dia punya mulut, sweet talking sugar coated kot. Dia punya mata, fuuh! kenyit kenyit. Bersandar kat sidewalk terlupa perut buncit.

FAKE la man. F.A.K.E! Tahi tahu tak tahi?

Juga aku selalu ingat, sebab perangai aku yang macam haram nie, muka tak malu, huhahuha sana sini and jarang amat lepak dengan geng2 se-melayu kt kolej..... boyfriend materials itu mungkin bukan aku punya.

Tapi...ada sahabat yang bagitahu ada bunga anonymous nie kata aku ada boyfriend materials.

Hahahahaahaha

I was like "biar betul" and "What the hell? Me? Boyfriends Materials" ? Tapi dalam hati jelah sebab masa tu mulut memang dah penuh giler dengan makanan.

:]

Entahla...aku rasa lucu sebab selama ini tak pernah orang kata macam itu biarpun dekat belakang je. So apapun terima kasih pada dia walaupun it is so unlikely that she'd be reading this post.

Terima kasih.

Oh nanti aku ada malam prom...prom ke? Mampos la apa pun. Ada fashion show and aku dah awal awal kena tarik jadi Elvis Priestly. InsyaAllah aku mahu beli suit, itu pun kalu Mie dan Abah kasi.

Mahu pergi ke prom pun tak ada date..anyone mahu jadi date aku? Dinnernya 16June.

Oh..aku akan pulang ke Kemaman hujung minggu ini sekali dengan all my tersayang-ly sampat room8s! So, kalau mahu join makan ikan bakar free, datang la rumah aku.

;] Okay?

Sunday, May 17, 2009

Just When Your Life Goes Up In Smoke

Karib pada rahmat dari langit, sedaya aku jauhkan hakiman setan pada hati. Lebam pada realiti kononnya suatu cinta pada yang pasti. Kepelikan mereka yang suka berkata seolah kalam dunia mereka punya.

Kalau habuk kisah itu seindah photo sudah di touch up, okay fine. Menanglah aku tak kesah. Sumpah tak kesah!

Hidup ini macam nie lah. Kadang kadang matahari dikejar kejar mahu baju kering, bila badan berpeluh lecuh, lari lintang pukang kejar awan redup. Tak cukup? Marahkan awan kedekut perah rahmat.

Aku, kau, dia, kamu, mereka............semua.

Cuma jahat kita lain lain.

Kita memang tak pernah faham. Ada masa terlalu malas mahu faham kerna semuanya memang senang. Lainlah jika basuh berak pun mahu diajar. Tak malu pada kucing, sudah berak sendiri ingat kambus tanah.

Tapi....... some kucing moden berak dalam pasir wangi, tak kambus pun. Malas. Kelakarlah...


Siapa aku? Mana aku berdiri? Semuanya bukan milik orang. Orang baik selalu dipulang baik juga. Tapi aku tak baik. Jahat. Adakah?


Bila hati sakit, biasalah mulut pun ringan. Tapi kenalah. Kata orang marah tanda sayang kan? Jika tiada kesah, lagi jahat lah aku. Jahat pada diri sendiri okay, jangan celake dengan orang lain.

Betul tak?

Sebab bila tiada yang mahu muntah juga sama sama bila makan sushi, malu jugak. Itulah sahabat. Tak kesah kau macamana pun, aku cakna sebab itu aku bising kadang kadang. Sudah tu :

Dah guna gelas, basuh la. Tuala lembab2 sidai la. Air janganla sangkut kt tingkat sampai basi. Sampah jangan main selit merata-rata, nnt lupa. Makanan jangan la bagi masuk angin. Tahu tak apa itu lemau?

Sorry, it just me being exactly the person I am.

Sebab when your life goes up in smoke........

You just have to hold on to those nearest ones

Because you always know where their lair is

You know how they actually look like even when you got blinded by your pain

And they would never mind even if you put a shitting bird on their head. Hahaha

Sudah itu, semuanya sama.....apa yang mahu diheran?

Senang....jangan la heran. Sempurna itu bosan.

p/s : aku dah sehat sepenuhnya. No more loya macam mahu mengandung watsoever. Kasih pada doa semua.

ngantuk laa...nak tido dah.

Saturday, May 9, 2009

Doakan aku...Tolonglah.

Aku sakit dada sekarang. Lena aku susah, lemas dada dihimpit sakit kesah.

Aku ingat aku sudah mahu meningggal pagi tadi.Semalaman aku tak lena dan telan berbiji panadol untuk tidur paksa beberapa jam.

Sudah kunyah antacid dan muntah 6 kali hari ini. Kasihan cuma aku seorang di rumah seperti sakit sebelumnya.

Perit ini buat aku mahu pulang ke kampung. Jauhnya aku dari tangan ibu.

"Mie, tolong urut dada adik.Sakit sangat Mie, sakit sangat."

Saturday, May 2, 2009

Kau Gay.Aku lurus.Ada beza?Kita memang banyak dosa.

Ini satu rahsia : Shhhh...aku rasa aku baligh sekali lagi.Seyes ni...

Benggang benggang...

Kenal aku pada insan laki laki ini.....biasa saja seperti teman lain.Ahh tipu...tiadalah aku kenal rapat cuma kenal saja.Suka aku borak dengannya kerna dia sengal.

Selalu saja ayamkan aku.Hangin jugak kadang kadang.Lama juga borak kemudian baru dia sendiri mengaku selama ini dia menipu aku.

Rupa rupanya dia "people like us" @ plu @ gay.Dan dia kata sedang usaha berubah.

Aku : kalu ko anggap aku adik ko
Aku : jawap truthfully
Aku : mase ko dgn all those guys, apa yang korang buat?

Dia : aq cma pnah main ngn xxxx(bf aq) n scndal aq dak jhor tu

Dalam hati "What the fuck??!!"

Paling tidak gemar aku orang menipu aku sebab aku ini lurus.Kau gebang la kata kau saudara Dato' Siti atau beg Louis Vuitton itu ori, memang aku percaya.

Cuba bayangkan....tiada sebab apa apa orang mahu kencingkan kau? Apa kes? Selama ini aku jujur jika kata apa apa, yang kau mahu menipu kerana apa bodoh?

Senang pula kau kata "Aku faham kalau ko dah tak mahu kawan dgn aku?"

Kau ingat this world revolves around dada kau?

Dia : aq xniat nk tipu ko
Dia : aq nk sgt kwn ngn ko
Dia : sbb ko slalu sgt wat aq hepy
Dia : jarang org wat aq hepy
Dia : amin aq xpaksa ko jd kwn aq lg pasni
Dia : aq sdar aq xlayak kwn ngn org2 baik cm ko

Aku : shut up la bodoh

Kau kata lagi "Aku tak sanggup tipu kau sebab aku anggap kau macam adik aku sendiri"

Aku : i can take a lot of things but cheating...

Dia : aq xlayak jd abg amin

Aku : u already are la bodoh
Aku : u r my brother
Aku : bodoh betul la ko ni

Kau memang bodoh, kau tahu tak bodoh?

Aku tak sanggup tanya mana benar apa kau terangkan selama ini.

Bodoh bodoh...

Tidak aku kisahkan apa kau. Cuma jangan tipu aku lagi.Aku mahu sayang semua. Hidup pendek ini biar semuanya indah.

Malaikat itu bukan aku. Aku juga banyak buat dosa. Sengaja atau dosa kering memang berguni.Semua orang ada sisik gelap. Aku juga keji.

Rahsia yang lebih sempurna dibiar berhabuk dalam balang. Jangan buka jika banyak yang terluka. Siapa boleh kawal hukum alam? Cuba kau fikir..

Iya aku tahu, kadang kadang ada orang fikir "nasib baiklah aku Islam.Kalau tak baik bunuh diri saja.Hidup pun dilaknat" Mungkin segelintir bukan semua..

Kita tahu itu dosa tapi buat juga. Lepas buat barulah nak ambil kalkulator nak kira berapa tahun masuk neraka...Manusia ni memang sama sama bodoh. Buat, menyesal....tapi buat lagi kan?

Hidup ini memang la macam nie, macam haram..

Sebab setan kan memang selalu tawar harga murah untuk barang baik? bukan payah pun nak tolak.

Spekulasi general aku bukan untuk semua.Jadi jika memang kamu molek, maafkan aku. Ini kaca mata aku.

Tidak, aku tidak marah. Jauh dalam, aku bangga pada berani kamu untuk come clean. Tak tentu jika aku ada perut untuk sahabat aku begitu.

Kita memang tahu kita jahat banyak...
Kita memang tahu kita macam haram...
Kita memang tahu kita tidak warak...

Pada penghujung hari...kita memang tahu

kita manusia belum lagi insan.