Monday, March 30, 2009

Saturday, March 28, 2009

Mende Yang Macam Budak Sekolah Pun Kalau Kau Enjoy, Boleh Jadi Best.Kau Tahu Tak?

Arrgghh...shit shit shit!

Tak tahan..tak tahan...mahu juga aku buat entri ni.Seinginnya ingin aku peram sampai 2 3 hari lagi sebelum posting tapi tak tahan,tak tahan...

Ini pada hari American Parade lepas. Tema julung ini adalah "Cartoon" and aku dan a few other boys lagi jadi prince charming kerna kami pilih dongengan Jackson : A Cinderella Story.

Dan kami takhta JUARA atas kepala!!!! Yesss!!!

Cun tak? Ah tak kesah ar apa korang kata. INI MEMANG CUUUUNN!!!!

Bwahahaahaha...

Sudah kasut aku pakai bertapak besi. Sangat sangat pedih berlari dan berjalan.

Mampos ar, paling sempurna aku gembira sekarang.Dengan dadah dadah aku.

*senyum

A day before....banner yang simple-ly mantap. Thanks Ain and the gang!

Ini teman ball-dance aku : Xiong Yi

Waah..Fifi yang hemsen. ;)

Gila romantik Shasha....phewiitt.. ;)

"Ciumlah aku Thanges..uuuuuuu" hahahaha macam celake je.

Aku jugak laku.....hihi...anyone interested? Desperate nih. Kui3

The princesses....muah *flying kiss and i'm dead!! Lawa tak?


Waahh...so cun i tell you.Boleh dah sapa2 mahu meminang nih.


Kami sedang bergossip tu sebenarnya...


Spread the love wahai umat manusia!!! Kacak wei...Rasa bagai budak sekolah pula.


The princes standing at the tepi longkang. *panggil kucing* waah waah kacaknya...hihi


Fuh fuh fuh fuh!! Nak sangat kisses! Fuh fuh fuh! Btw, itu lecturer Calculus aku, Sir Ikhwan.


Once camwhores always camwhores.Hemsem tak?

Buat muka! Buat muka! Buat muka....hahaha macam haram.

Eiiiaaikkk!!!! Kami muka biru.

Sesuatu tentang gambar ini mahu aku lafaz....tapi biarlah.Biar aku seorang simpan. Kalian jangan pikir yang bukan2.....tp hemsem tak aku? Mwahahaha




Aku dah amaran awal2, 2 3 entri akan berbaur nacarsisstic, pada yang repulsive sila undur.Juga pada yang mudah loya, mual dan muntah sila sediakan paper bag ya?

Ada juga sedikit drama drama jadi dan aku dengar lepas parade ini. Juga yang melibatkan aku. So to whom it may concern, I'm sorry but hey, open up la wei, think,think! Aku malas nk confront so biarlah.

Aku khayal lagi..

Hantu Malaya...

Beberapa entri sekitar ini berbaur narcissistic sebab aku mahu julang tinggi apa yang aku sibukkan minggu ini.Juga sebab aku sedang high dengan dadah. Lagu juga teman.

Aku mahu sisip buang mana mana pikir tentang dunia dan sedut puas puas sebab takut orang lain dapat. Sebab aku takan pernah puas.

Dan ini tentang Halloween. Nanti juga menyusul video aku menari thriller dan video lain. Pada Mike, maaf wei tidak ada lagi video yan cun tentang new mexico #002.

Buat apa post kalau tidak cun kan?

Semua jenis hantu ada.Lidah terjelir jelir macam dajjal pun ada.aku jadi joker kerna itu saja yang paling mesra-duit untuk aku cuma perlu cat muka saja.Bapak besar air mata aku. Hehe

Lady Isis and Joker ;)

The Dudes.......


Angels on earth? Wear glasses somemore?


Ju On Seksyen 17 Shah Alam. Epal tu sedap sangat weii....



Biology lecturer turns Dracula......Sir Ishak yang sangat baik...


Baju merah itu Aishah B. Katanya mahu jadi nyonya tapi "Babi ar Amin ko tahu tak? Aku dah dress up nak jadi nyonya malam ni, tengok tengok tak menjadi lak. Babi betul la!"


Kakak2 dan Abang2 senior....cun giler wei I tell you..Baju gempak pun tak bisa julang best costume. Akhir akhir, class rep aku yang nonchalant giler dan cikai jugak menang.Jangan marah ya?


Kangkang Amin...jangan tak kangkang.Buang stress sebelum menari Thriller.


Ramainya hantu Halloween.Memang gempak sial malam itu. Badrum Muneer nih muka merata rata betul. Sudah tema sama dengan aku.Sampat betul la.


Ms. Asma dan abang sayang.You guys look so freaking sweet together and so sorry for the eardrum-tearing cheers.


Roomates tersayang minus Ungku Syafina :)


Lawanya nenek kebayan...Apsal lak setan ni cute hah?


Puas berseronak jadi kuli la pulak. Macam celake!


Abang2 Hemsen minus aku la for sure....sbb aku tak.

Ini untuk Halloween...Suka sangat.Entri seterusnya ada tarian lagi. Kali ini aku janji ada video cun punya wei.
Malam itu aku jadi joker dan menari dan melalak segiang hati.Peduli apa, yang benar aku gembira. Walaupun aku rasa airmata hitam di pipi itu terlalu gedabak untuk aku.
p/s : C.I.N.T.A itu dadah.Aku mahu.

Sunday, March 22, 2009

Lelong Lelong Lelong Lelong

Lelong lelong

Siapa mahu cinta?
Cinta apa kau mahu?
Sahabat? Teman? Musuh? Kekasih?
Aku ada semua..
Tidak aku tidak jual benci

Lelong lelong

Siapa mahu cinta?
Tapi
Kemana hilang cinta aku?
Siapa ambil?
Zahra? Tidak, dia sudah tiada.
Siapa?
Kamu? Dia? Siapa?
Ke mana cinta aku hilang?

Lelong lelong

Siapa mahu cinta?
Cinta, kamu masih di sini bukan?
Cinta, kamu tahu aku sunyi bukan?
Kamu tahu aku rendah, lemah bukan?
Tiada orang mahu cinta aku kah?
Mana dia? Mana dia?

Lelong lelong

Siapa mahu cinta?
Oh maaf, cinta tiada.
Hilang.
Tak tahulah dia kemana.
Tolong aku carikan?

Lelong lelong

Siapa itu cinta?
Cinta itu apa?


"I'm standing at a crossrad while pondering, totally oblivious of how each road would make the difference for i thought that this is only a transitory fullstop full of irony, hilaridy and stupidity.

So once i said that no matter what, loving people would always be my forte but as it turned out, it was not.

An unprecedented vicissitude allows inferiority complex to kick in and it is quite a rueful, mourning moment.

It is such a shame to put this into picture or to bring to public discourse for the pulchritude of life was only to be seen and discovered by those who see with their heart and listen with their thought.

So, do I? Of course i rarely do!

and on the other hand, am no titan to bear with the slutty bitch and miles away from a paragon, who would only fit with a fabulous coquette.

I am an average budak kampung. I came from the dump and worked my ass off to get here.

I may look snobby but come say "hi" for i would always smile sincerely.All my friends are busy building their empire with pens and memory box and i am dressed with endless presentation, problems and all I want is someone to talk to and laugh with.

Too much too ask? I bet it is and maybe that is why everyone is acting like they forget my mobile number.It's okay though.Kerna aku juga begitu.

I don't know where has my cinta been or who has taken it away from me?

I am single, unattached, available and desperate. I need love,a joie de vivre,who can fill up my flaws and remind me important dates like my mother's bday which i hardly remember.

This is why I am like"

Lelong lelong

Lelong lelong

Lelong lelong

Siapa mahu cinta?
Tapi mana itu cinta?
Tolong aku carikan?

Wednesday, March 18, 2009

Cuma mahu menulis sesuatu

Lucu pertama (ini bagi aku saja kot)

"Eii aku tak boleh ar peluk peluk.Geli laki sama laki"

Itu dia

"Nak peluk?Beres..Meh!Meh!Sapa nak peluk?Kita peluk sama sama"

Itu aku.

Latah teman aku bila mahu berpeluk sebelum pulang bercuti.

*senyum

Lucu kedua (mungkin juga bagi aku saja)

Aku yang sakit kaki ini tertongek tonggek terhencot hencot ke pekan untuk cari bahan untuk American Indulgence Week dan presentasi aku nanti.

Sebab tangkai jering mahu belanja besar aku singgah di pasaraya ciput nama dia BIG10.Mungkin jajahan kalian juga ada.

Terhencot hencot aku yang macam orang dapat senggugut turun naik tangga cari barang.Lecuh leher aku berpeluh.

Takpa takpa.Kifarat dosa.

Tengah memborong baru aku sedar BIG10 memang tiada trolly.Tak ke macam celaka?Susah payah aku jinjit semua barang atas perut mahu turun sebab semua cashier tingat macam haram tiada yang menjaga.

Syukur sampai kaunter bawah tiada orang lagi.Dalam mengah aku pergi bayar.Tengah si amoi belek belek cari bar kod datang la ah long sorang ni bawak berborak dengan amoi tu.

Amoi tu punya terbaek layan ah long tu bukan main terrer dia jadi cashier.Semua barang aku dia scan pakai otak dia kot.

Pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet

Layan punya layan taaadaaaa amoi tu dah siap bungkus semua barang dan siap angkat mahu hulur pada tangan aku.

"Eh, tidak scan lagi r ini barang?"

Dalam hati

"Eh,minah ni tanya aku pulak!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan hanya ini aku boleh kongsi.

Maaf ya semua sebab hidup aku memang boring.

Saturday, March 14, 2009

KETUAT dan doa makan.

Baik......kaki aku sakit sangat sangat.

Tidak tahu mana celakanya, aku dapat 8 biji ketuat bawah telapak kaki.

Kemudian gatal gatal meluncur ais, aku terima 4 lagi blisters dekat tumit.

SAKIIIIIIIIITTTTTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Aku bukan pengotor. Aku selalu basuh kaki. Okay, tipu. Bukan selalu juga tapi selalu la jugak! Aku pakai selipar dalam bilik. Aku selalu basuh stokin! Kasut aku selalu bersih dan wangi!

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Bukan main seksa aku berjalan sana sini. Ya ya ya, aku tahu letak ubat. Ubat ketuat ini acid kot. Sekali aku titik pada yang luka, mahu terkencing pedih...

Sudah mahu baik, kulit pulak daah merekah tunjuk daging. Cuba bayangkan kalian luka, kemudian ada toyol datang perahkan limau nipis kat luka itu.

Bestkan rasa dia? Kan? Kan?

SAAAKIIIITTTTTT!!!!!!!!!!!!!!

Aku ingat nak potong je kaki aku tapi bila pikir baru aku sedar yang aku ini bukan cicak yang sesuka hati boleh tumbuh ekor balik.

Lagi aku timbangkan mahu rebus tempat ketuat tu, tapi nanti tak cun dahla kaki aku. Bukan boleh makan pun bila kaki aku

Pada sesiapa yang tahu ubat ketuat yang deras sembuh, khabarkan. Nanti konfem konfem kalian masuk dalam doa makan aku.

10Q

*nka berak.Babai

Friday, March 13, 2009

Jamban..

Mata bengkak. Mata pedih. Mata kuyu.

Menangis macam perempuan malam ini.

Sebab perut memulas, aku rasa sudah GAGAL ujian Calculus tadi.

Semua ilmu hilang tertinggal di jamban setan!! Sudah la jauh dari dewan. Sunyi lagi tiada manusia.

CELAKA and SAMPAT betul.....redha.

Monday, March 9, 2009

Warga Yang Bosan

Cendana, Bilik 1506 ada 4 jenis makhluk makhluk pelik.

1) Sadiq : Hidupnya rokok, rokok rokok. Baiknya perangai juga lucu fiil. Suka ajuk buat orang. Sampai Ustaz pun kena sekali. Lucu sgt. Perkara pertama bila bangun tidur

"Panntat la, mana rokok aku" "Pukimak betul la!" *bunyi nk garang je

2) Juwe : Ore Kelate.Sama macam aku.Mengutuk orang perkara no. 1.Semua kena. Juga sangat baik. Selalu juga belanja aku KFC.

"Budak Hemsem" dia puji sendiri. Hahaha. Juga melucukan.

3) Moon : Sangat, sangat suka buat tahi mata. Juga baik. Katil macam tongkang pecah. Simpan nasi dekat meja dah dekat sampai sebulan.Dulu aku bukak dah jadi hijau. Sekarang tak tahu kaler apa sudah. Gerun mahu bukak. Bau dia mesti kaw kaw punya lah.

4) Amin (aku) : Sesekala enjoy membebel. Suka bersih, beli baju mahal, dan mandi sangat lama. I mean sangat sangat lama! Juga baik dan jahat. Jadi pendengar tekun cerita Sadiq tentang berat badan dia, Herbalife dia dan macam macam.

Kami bosan dan cuti jadi mahu pergi mandi air terjun.Kerna memang kami makhluk tiada kerja jadi putuskan mahu ke Janda Baik, Pahang.

Inilah hari kami tiada kerja........

.Separuh Bogel 1.


.Separuh Bogel 2.

.Lihat Rambut Ku. (mcm haram)

.Ada Calculus test niih.



.Nak Blah Da.



.Mobil Yang Berjasa.

.Kami Memang tiada Kerja.



Tengok Mata Badrul!!

.Buat Celaka Kat Aku yg ZzzzZz.

p/s : sebenarnya tak jadi pun pergi air terjun sbb kena masuk hujan. Hish tak sanggup kot nak berdepan dgn lintah and pacat. Eii, majority kami amat penggeli.

*senyum

Friday, March 6, 2009

K.A.M.I


INTRODUCING...... KAK KIAH CORPORATION!!!!


Hahaha....konon konon ala KAMI la nie...tak kesah kata apa.Setidak dan sekurangnya mereka jadi ganja mudah larut dalam darah dari subuh dan senja hingga tertemu subuh kembali.

Pertama kali celaan hidup aku terasa tertanggung semula.Tidak bimbang hakiman orang, kutukan kelas sebelah yang lame....aku ketawa sekuat hati.K.A.M.I lah

"THE BACKBENCHERS"

ada Shasha (Shaif), Mimi (aku), Fifi (Aliff), Kher Lee, Alya juga Thanges.

Jangan soal kenapa itu shasha,mimi dan fifi.Sebab aku juga tak mengerti.Boleh aja jika kalian mahu panggil aku Mimi.Mwahaha.. sangat sangat jambu.

*senyum

dan bertenggek atas barisan belakang sekali dalam kelas dan boleh didengar hingga ke block sebelah.Prior kepada K.Lee, suara seperti hailer beribu voltan.

*diam

Dahulu,

hanya sini aku berbogel emosi tentang carutan pada lara yang hampa.Hanya sini aku teriak celaka pada mereka yang menghina.Hanya sini dan hanya kalian yang tahu.

Kini,

pertama kali aku punya lair lain bercerita.Pertama kali punya dadah yang benar benar mengkhayalkan.Pertama kali aku benar rasa mereka itu sahabat seperti juga aku pada mereka.

Pada mereka aku mula buka bab Zahra, konflik keluarga, rasa emosi aku dan rahsia tergelap aku.Aku khabarkan Aliff antara yang paling aku geruni manusia tahu.Semalam hampir menangis aku depan Alya dan Aliff, sama sama kongsi tekanan jiwa.

Tapi aku tahankan.

Kerna sebelum, hanya aku yang bangkit berkawan pada mereka yang tidak seperti kawan.Aku muak bosan dengan tidak caknaan.

If and only if you ever try to know what's killing me all this while.Naaaah.Forget it.

Aku sayang kamu jadi aku tak mahu kamu bazirkan masa kamu juga masa aku juga.Teruskan dengan jalan pilihan kerna aku sentiasa ada di belakang untuk kamu.

Walhal aku sangsi itu pada kamu.

Sekarang, aku cuma mampu bercinta dengan yang termampu aku pegang.

Shasha : seorang comel dan periang tiada riak emosi

Mimi : punya hidup indah bagi mereka yang tidak mengenali.

Fifi : hemsem.Hihi.Cool je.

K.Lee : gila kuat suara kak kiah ni.

Alya : riang ria dan sgt photogenic.

Thanges : selalu memalukan diri sendiri.

Kami adalah K.A.M.I. sendiri....

Sekian.

p/s : ainul, faidhi, limah, z, lini, ain, apek dan sesiapalah.Bukan aku sisihkan kalian.Kalian bukan mereka dan mereka bukan kalian.Cuma...........

Monday, March 2, 2009

Bila Kupu-Kupu itu Tentukan Celaka Atau Tidak Hidup Kau.

Paling belakang sebentar.Pandang belakang sebentar.Usah berhenti berjalan jika enggan.Cuma palingkan tengkorak tanah itu belakang.

Apa yang kalian pilih? Bangga atau kesal?
Siapa yang kalian tinggalkan? Cinta atau hasad?
Bila diri itu mati? Dibunuh, membunuh atau terbunuh?
Kenapa di sini? Bukan di situ atau di sana?
Bagaimana ini terjadi? Karma, ironi atau bala?
Di mana letaknya kalian? Jasad di sini, roh di sana atau vice versa?

Ada dan di mana beza jawapan kalian jika kalian pilih mamat realiti berbanding cik kiah sejarah itu sekarang?

Pernah terhentak dengan pahaman Kesan Kupu-Kupu? Dan satu lagi tiang seri Mathematics yang aku lupa hukum berkait dengan Kupu-Kupu ini..

Cardinalnya di sini ada titik chaotic, titik haru biru serba hura hara dalam hidup.Tipikalnya sekadar punca pada cabang cabang hidup.

Mulanya hidup ini lurus hingga kita jumpakan pilihan.Percayalah pada melankolik hidup aku, sumbang dosa aku pernah buat dulu.Sekejap ya...mahu enumerasi dosa aku lalu.Refresh.Refresh.

~sebagai lelaki, ya, PORNOGRAPHIC agak selalu jadi makanan aku.
~STRAIGHT DAN **** semua aku layan.Betul.Di sini inilah aku seadanya.
~dahulu aku REPULSIVE pada mereka yang gemuk, fikir mereka menyedihkan
~aku selalu CURI duit bonda dan abah dan tidak pernah kantoi
~acap juga MENYUMPAH seranah guru
~mudah bangga dengan sekelumit TAHI aku pegang
~JIJIK dengan kerjaan abah sebagai pemandu lori cabuk dan pakai tak smart.
~sehingga sekarang kekal : aku seorang amat SOCIAL @ SO SIAL.

Tiada makna aku tipu untuk buat entri ini berbau taubat.Di sini aku jujur.Seadanya.

Dan saat ini aku fikir, jika aku tidak dajjal dahulu, jadikah aku ini seperti ini kini? Lucu pula.

*senyum

Dulu aku setan.Kini macam ini pula.Berblog begini lagi.Mereka kata metamophorsis sebagai SISSY. Pondan. Bapuk.

Katalah semahunya.Bukan aku jadi hukuman.

Jika aku tidak dajjal dulu, jadikah aku seperti sekarang? Pelajar Intec, residen Cendana, JPA scholar dan mungkin ke jajahan Barrack tahun depan?

Bagaimana jika dari dahulu aku baik? Bagaimana jika aku hadir interview Bank Negara dulu?Bagaimana jika aku kekal di Sains Alam Shah dulu?

Katakan jika aku ke Amerika nanti, punya bersosial dan akhirnya hinggap HIV (Nau'zubillahiminzalik) ? Kira cun cun aku maki pada

"kalau aku tak mintak pergi Amerika, mesti aku tak kena HIV!"

Katakan kau malas beli kereta, naik KTM,Monorel, LRT watsoever lah, kaki kau lengkap bertumit tinggi 4 inci tersangkut di pintu gerabak.Kau teriak miang + panic

"Owh, tolong tolong cik!Kaki saya.Kaki saya!Owww"

Datang lelaki bantu dengan tak semena mena kau jatuh cinta.Bercinta dan akhirnya nikah dengannya.Bahagia bukan? Sebulan hanya kau tahu dia adalah anak ikan pada mak mak Datin yang kesepian.

Kau kuatkan iman harap dia berubah.Cinta akhirnya bawa kau terjual tubuh di Thailand atau paling dekat Lorong Haji Taip. Di titik mana kau mahu kata

"Celaka punya takdir!!" ??

Ada kawan teman aku mahu gugurkan biasiswa Petronas.Katanya itu bukan lagi minatnya.Tiada ghairah menuntut ilmu.

Tak salah aku kau bilang dulu *dengan konfiden-ly mantap nya

"Mana yang aku dapat nanti, tu lah takdir hidup aku"

Sekarang kau mahu undur, cuba kau hitung berapa ratus Petronas hampakan muzikal pelajar dan pilih kau? Termasuklah aku ditolak.

Hidup bukan apa yang kau hidupkan tapi soalnya selalu "Bagaimana"

Jadi, di mana titik hura hura aku, kau dan kalian?

Hati hati yang bila mahu berjalan.Pastikan kau berdiri di penamatnya.Kalau tak, pengadil tak nampak kau ya?

Ingat tu.Kupu kupu itu cantik, bebas juga beracun bila kau cuba jilat jilat sayap dia.

*senyum