Saturday, February 28, 2009

Penat.

Detik 12.00 hingga 3.00 berlari lari mencelah manusia mabuk di Damansara.Seorang gadis Melayu muntah mabuk di pinggiran pagar berteman dua jantan juga Melayu aku rasa, hanya memandang dan terus memandang.

Sayu, saudara kita jadi begitu.Rupanya cantik bukan aku kira fiil atas kayangan.

Detik 4.07 pagi aku terapung pada teduhan awan seksyen 22, Shah Alam tak keruan menatap angin malam suram dan meneguk mimpi yang kusan tak pernah datang bercahaya.

Merengek rengek pada teman mahu ke pantai hanya untuk tahu

"Kawasan KL nih mana ada pandai.Ko ingat ni kampung ko ker?"

Hihi..mana aku tahu.Geografi aku nak nak fail masa PMR lampau.Sebab aku ingat Pantai Dalam tu pantai yang boleh bawak berenang.

Sempat juga aku singgah lihat Street Fighter.Bolehla walaupun agak bosan.

2 semesta hidup di sini, tidaklah sehebat mana night life Kuala Lumpur.Bukan untuk budak kampung macam aku.Lagi seronok tidur mimpi jumpa Mariah Carey dan nyanyi duet lagu Thank God I Found You.Apa yang aku jumpa hanya

- mak mak nyah mekap tebal 5 inci,kaki berketul macam main ragbi tertonggek tepi jalan.
- mat mat rempit yang kelakar gila.

"Oii, geng!! Mak Nyah tu.Mak Nyah tu!! Jom Kepit dia! Kepit dia!"

- seorang India tenung mat punk
- mat punk pun datang terajang dia tergolek tengah jalan.

- mat junkie kena kejar mat motor sebab pau something dari sorang perempuan.
- polis datang.Mat junkie kena tahan.Tak sampai 3 minit, polis lepas dia.

Tak best la hidup macam tu.Sayang sungguh aku lihat mereka.

Muka semua sudah la lawa,hensem,macho dan lawalah bagi aku biar aku ini lelaki sekalipun.Sayang kenapa fiil mereka begitu?

Muka ada.Body ada.Akhlak je kurang.

Pukul 10 pagi nanti mahu ke MidValley, sambut ulangtahun teman.Sumpah aku bilang, aku penat, letih sangat sangat.Mahu beli bunga untuk dia.Bunga apa ya? Ros macam jiwang sangat. Apa pun aku mahu dia blush!!!

Mesti sweet kan dapat bunga kan? Perempuan saja yang tahu kan?Kan? Sebab tak pernah pulang aku dengar orang jantan dapat bunga.Gila jambu..Hahaha.

Basis Isnin ini yang memenatkan.

~ 8.00-10.00 pagi akan ada exam Biologi.
~ 10.00-12.00 tengahari ada assignment Calculus.
~ 2.00-4.00 petang aku bentang Demonstration Speech aku.
~ 4.00-6.00 petang bentang Convention untuk American Cultural Study
~ 4.00-6.00 petang juga bertindih meeting musikal The Lion King aku.

Itu baru hari Isnin, bukan seluruhya lagi.Penat sangat mahu berkejar ke sana ke mari.

Wahai dunia, boleh berhenti ratah aku sebentar? Aku mahu bernafas tenang sekejap.

p/s : chapters of my life might not be as interesting all yours, but that is it.Despite all the other chapters in it, i would once tell that no one was quite big enough until Zahra.Now the chapter has ended and i'm guessing there will something or someone bigger.Officially available and loosely untied i am now.

Let's us "Yam Siiiiing" : to this life that never fails to amaze and tear us apart.

YAAAAAMM SIIIINNGG !!!!!

Sunday, February 22, 2009

Yaahuuuu!!

Oh....lupa kongsi.Semalam kan..kan.kan.kan....

AKU DAPAT BALIK ABANG AKU YANG AKU HILANG SEKEJAP DULU!!!

Yessss!! :)
Feels so bloody good.Alhamdulillah.
Semua kembali normal.

*angkat kening banyak kali dan senyum.

Saturday, February 21, 2009

New Mexico # 001 Aku Dipaksa BerSALSA!!



Ambil iktibar. Cari teladan. Segera bertaubat lah...Hihi

Sila ketawa dan gelakkan aku habisan habisan.

Ini aku dipaksa bersalsa untuk bentangan Tourism Convention. Tidak ke macam haram aku tertonggek tonggek macam tong gas mahu meletup menari? Tak ke macam tu rupanya?

Bahu aku macam tak buleh bla....Date aku itu teman aku, Alya. The four mulut kepoh of the Jackson class buat bentangan Tourism Convention untuk promo manusia bertandang ke New Mexico.

Aku, Alya, Kher Lee dan Thanges.

Aku dan Alya dipaksa menari. Walaupun aku tertonggek tonggek dalam video nih, kira okay la kan? Atau kebadutan itu terserlah amat?

Best tak baju aku macam sarung nangka tu?

:)

Watch your back...lagi video aku jadi badut akan tersiar....

p/s : was that even salsa? poetic justice.

Tuesday, February 17, 2009

Hantu Dunia

Sulungannya :

Zahra, biarla hanya jadi mawar khayalan aku. Tampak yang tiada mampu aku cium baunya. Jangan meminta ampun sangka parut itu torehan kamu. Aku tahu jawapan kamu. Dan aku terima. Jangan bersalah.

Tengahnya :

Siapa sangka hantu dunia tiadalah jahat seluruh fitrahnya. Nanahkan hati aku dengan penyula kemudian terangkan semak buat demai aku berjalan. Lama termenung aku pada birai jalanan menunggu jawapan. Puas aku genggam pada harapan itu jawapan aku harapkan.

~Kau mamah semua yang aku pernah sayangkan.
~Kau lekehkan kain baju harian aku.
~Kau uji setia aku pada kawan.
~Kau hina aku depan tuhan.
~Kau loncar najis bila aku senyum.
~Kau senyum bila ada kata

"bapak bodoh perangai buat macam tu."

~Kau kata aku hodoh.
~Kau buat aku benci tangkap photo dan tatap cermin bila kau yakinkan aku ada hidung yang besar.
~Kau kata aku African dengan rambut kerinting tak terkawal.
~Kau bilang pada dunia, aku ni tiada yang layak mencintai.
~Munkin juga kau kata aku sissy yang menangis bila hati diramas.

Kau senang buat aku susah.

Walhal ironi bila sakit itu tegar bisa bila bangkit sedar jawapan itu bukan milik aku. Kini aku bagaikan aku. Kembali stylish pada persalinan dan lucu dan gila pada harian.

Kau juga ajarkan. Hidup bukan seindah belanja Rm3000 yang di cash in setiap semesta. Tak semudah wang abah cash in lagi untuk poket.

"Hidup memang palat.Esok masih ada" KAMI kata.

~Palat bila ujian agama aku tidak baca arahan dan salah jawap.
~Palat bila Calculus hanya 68, lapan markah lebih dari gagal.
~Palat bila aku beli kasut Rm250 dan lebih berkenan pada yang harga Rm40.
~Palat bila teman melulu menuduh bukan2 dan kata "sorryy, aku lupa laa".
~Palat bila mahu berblog bila tak ber-idea
~Palat bila aku sedar asar tak sembahyang lagi ( lepas isyak dah sekarang ni)

Palat Palat Palat Palat Palat

Sakit memang kifarat dosa. Matang pada cakapan dan timbangan baik buruk. Cuma kini perit telingan dengar teman bicara seks dan meromen depan khalayak dan dengan kuat. Sesama jantan aku paham lawak sangap itu. Dengan perempuan?

"F**a, boleh aku meromen dengan kau? Aku bosan ni."

"Hish! Aku gigit kote karang."

Aku budak kampung jadi adakah semua ini normality metropolitan? Kerna yang Hawanya tersengih lebar dengar jolokan itu. Atau di bandar, itu yang jadi modal lawak picisan?

Sila kalian jawap. Aku mahu tahu.

Pengakhiran :

Aku rindu pada buih yang terbang bila ombak hentak molecules ke hamparan silica. Rindu pada tenaga punca taufan berhembus balik harum buthanol daun epal di rumah. Rindu pada bulan kini surut menari ke lubang hitam. Rindu pada hantu dunia yang buat jahanam dan tunjuk pengakhiran yang lebih baik.

Hantu dunia. Kau lah badut dunia.

Bahagia ya selalu...

Monday, February 16, 2009

Rindulah tuuu....

Ingat entri aku dulu aku bilang Mie marahkan aku sebab aku kasar di talian?

Hari itu aku balas telefon Mie untuk junjung maaf.

"Hello.Mie marah ke?"

"Dah yang telefon pulak ni buat apa?"
*suara nak jadi singa dah

"Takda la..adik nak mintak maaf sebab cakap kasar tadi.Mie janganla marah"

"Dah nak cakap apa lagi ni?!!"
*nada macam nak telan orang daa niee.Takut la jugak aku dengar

"Takda menda lain dah.Tu je.Okay la..Assala...

Letak ganggang...

Tak sempat habis tu salam aku hulur Mie letak ganggang. Marah benar aku fikir.

Semenjak itu, aku malas tekan call untuk keluarga di kampung.Cuma teks pada sulungan aku tanyakan khabar keluarga lagi pula abah potong Telekom sebab ada hamba Allah tolong naikkan bil secara haram hingga Rm 500.

Juga henpon abah selalu mampos dan mie takda henpon.

Baik kan manusia tu. Amiinn...

No phone means no dial, no explaination why calling, why no respect orang tua and why bother apologizing.

Semalam...tut tut tut (ringtone Doraemon) "abang calling" berkelip kunang kunang atas skrin.Agak hairan sebab abang aku tak pernah call sebab terlalu sayangkan kredit sebab mahu puaskan nafsu bermesej dengan makwe.

"Hello"

"Adik..Mie ni...tadi ada telefon ke?"

"Mana ada"

"Ye la.Adik ada telefon tadi."

"Mana ada la...."

"Eh ye ke? Adik telefon tadi.Betul.Betul laa" *suara penuh optimistik

"Tak da la....Mana ada"

"Pelik nya..Eeermmm...okay lah.Adik buat apa?"

Dan bla bla tanya itu ini.

Letak ganggang aku kata

"Rinduuu la tu..." sebab

Aku selak call log.Mungkin aku tercall.Kosong! Mana ada aku call.

Munasabah aku call tapi tak tercalit dalam call log.Lepas itu dengan konfiden dakwa aku call.Alasan la tu dah seminggu lebih aku tak call.Itulah marahkan lagi, orang call dulu taknak bicara.

Mie, mie......dahla tak pandai buat kek dengan puding. Bila marah lama sikit, nanti mulalah nak rindu. Hahaha

Kita pun rindu Mie jugak.... jangan marah kita lagi ya?

;)

p/s : Yahoooo....sihat akhirnya.No more hingus meleleh waktu kuliah.No more ohok ohok ohok uweek dalam kafe, no more jalan maduk todi.Sihat.

Terima kasih kalian pinjamkan kudrat.

Zahra...tolong balas email Amin.Mahu jawapan.

Friday, February 13, 2009

Maybe

It ain't really what people would call "LOVE" afterall....
I guess so.

Wednesday, February 11, 2009

Terbaik Untuk Yang Terindah

Ainul suruh aku lupakan dia.
Zahidah juga ada berfikir mahu bicara demikian.
Yang lain aku tak tahu.

Sudah.Sudah.Jangan buka torehan luka aku.Pedih tahu tak?

Takut dan aku tak mahu dengar.

Semalam aku tuliskan "email cinta" pada Zahra.Sebagai bingkisan terakhir untuk aku tinggalkan pada satu perhentian.Siapa akan datang buka, yang akan buang, atau bakar api, aku redhakan sahaja.

Aku tak betah berpegang pada yang tiada.Email itu setiap kata aku selang takungan air mata dan aku selit dengan sisa sisa kudrat yang ada.Bertelingkah setiap kata datang dari hati aku dari pembuka hingga penutup, aku jirus isi hati hingga saat ini tiada lagi yang terbuku.Satu email yang emo ke langit dan sayu ke hujung.

Mahu aku tonyoh "Send", bagai petanda laptop terpadam! Dan yang sempat di-save draft hanya secubit pembuka kata.Mahu meraung juga.

Mungkin takdir tak mahu aku nampak terdesak atas nama "cinta"...Dan sebab dalam pondok buruk ini sahaja aku bogelkan emosi untuk legakan lelah, aku mahu bingkiskan email ke-2 yang aku karang untuk Zahra.

Dan ianya tiada sesayu yang pertama dan mungkin tiada yang istimewa.

Ini dia

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terbaik Untuk Yang Terindah
Zahra.......

Zahra sihat? Semua okay?

Zahra..Amin tak tahu kenapa Zahra never reply my message lately and only God knows why you never pick up the phone and never once return my calls. Amin ada buat salah ke? Just in case i did something bad, please feel free to spare me an apology. Amin call bukan apa, i just though we need to talk after what i have said to you last break. Mungkin Zahra fikir Amin call sebab nak push Zahra into my game ke maybe Zahra ingat Amin nk tanya itu ini "kenapa tak balas message Amin?" "kenapa tak angkat masa call dulu?"....No no....bukan pasal tu.....Cuma call untuk tanya apa yang Amin selalu tanya. Atau Zahra tak angkat sebab sebab yang lain, you tell me.

I have been texting you each day everyday since last week but never once gotten a single reply from you. for i though you didn't have kredit, i bought you one. Still you never reply me. What kind of impression there do you think i've been getting ? Hari itu i was just asking, barely insisting. You also aware of my feeling for you, don't you? it just break my heart to learn the fact that you no longer there, no longer here.

Yes, Amin tak nak cuma sekadar kawan tapi kalau Zahra tak nak, it would to too much and less righly for me to ask for more. Kalau Amin cuma nak main main, i wont be spending last years, sejak habis my SPM trying to get close and know you better. Amin tak berniat nak buat Zahra serabut tapi just in case i did, Amin kan Sin Chan...

*ini munkin kedengaran macam orang putus asa tapi tidak

Lately ni, i have a lot of things going on and dengan Amin sakit sepanjang minggu....Amin nak bagitahu yang badan dan hati ni dah tak daya lagi.

Amin faham apa yang Zahra bagitahu hari itu, and it is okay.Amin faham sangat sangat sebab Amin jugak kan yang bagitahu Zahra.Yang selebihnya, mungkin nanti Zahra faham.
I won't b holding on something that does't really exist so do not worry, Amin takan minta apa apa dari Zahra.A part of me dah move on and another one is still waiting. For how long i may not know.Betul jugak apa yang Zahra bagitahu. Bukan sekarang masanya Zahra nak fikir pasal perkara macam ni. Salah Amin jugak..

Mungkin terlalu awal dan radikal untuk "Saya Sayang Kamu" tapi sebagai manusia, there is nothing more or less i can do but to always have a space for your scent in my heart and love you as you are.

Terima kasih dan maaf.Terima Kasih buat panggilan Sin Chan, buat masa sebelum ini dan buat cela ini nampak acceptable. Maaf sebab ini mungkin kali terakhir kali dan penghabisan.
Yang terbaik sentiasa untuk yang terindah.

Maafkan jika ada salah.

amin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan itulah yang terakhir dan selebihnya terpulang.
Aku harap semua bahagia........termasuklah diri aku.

Monday, February 9, 2009

Tak Daya Lagi

Badan dan hati ini bagai tak daya lagi....

Sudah seminggu aku sakit.Demam, migrain, sakit tekak dan batuk..

Biarlah aku sakit begini.Mungkin tuhan mahu kifarat dosa.Redha cuma satu di sini.

Seminggu lepas aku sakit dan tiada yang jaga.Sakit lenguh semua aku seorang yang telan.Tak siapa mahu tolong kebahkan demam atau apa sahaja.Bukan aku merungut cuma adakah aku seorang sahaja yang menimbang berat nilai satu brotherhood dalam kediaman laki laki?

Suatu malam,teman serumah panggil aku selimutkan dia dan bila sedar pada mata,dia menggigil kesejukan, aku korbankan selimut aku untuk dia walhal malam itu berketar ketar aku yang demam ini tidur tiada beralas.

Dia sakit."biarlah" aku fikir.

Setengah jam lagi aku lihat.Dia masih begitu.Memang dasar aku, tak boleh melihat kawan susah.Ke takungan ambil air, ambil tuala untuk basahkan kepala dia.Aku urut kepala, tarik ubun rambut untuk legakan demam.

"Kenapa aku perlu jaga ko yang sakit bila tiada pun yang cakna bila aku yang sakit?"
"Ko masa aku sakit buat bodoh jee"
"Ada ko datang urutkan kepala aku mcm sekarang?"

Kerap juga setan berbisik dalam hati.Aku sengihkan saja.Kerna badan dan hati ini tak daya lagi.

Paginya, dia pulih dan aku masih sakit.

Masih sakit.Semalam satu hari berjalan di KLCC.Terhegeh hegeh aku yang migrain ni sarung skinny jean dengan belt putih dan half tuck in baju polo agar tak nampak cangkung jumpa teman baik.

Sehari berjalan memang bakar kudrat aku.Sakit takan halang untuk jumpa mereka yang aku sayang.Tulang belakang rasa merekah sampai ke bawah.

Seminggu aku endahkan sakit dari mie, abah, teman kolej dan doktor.Aku mahu sakit sendiri sekarang.

Kerna aku dah tak daya lagi...

Aku agak tidak sopan masa abah dan mie call.
Aku call semula minta maaf.Mie masih marah.

Aku tanya khabar Zahra setiap hari seminggu.Tak satu berbalas.
Aku tambahkan dia nilai.Tak satu berbalas juga.
Aku call Zahra.Tak berangkat juga.
Zahra....amin sakit.

Ainul suruh aku lupakan dia.
Zahidah suruh aku pulihkan keadaan.

Faidhi dan Afedizal sibuk ejek teman satu lagi.
Baik kamu berhenti sebelum aku hentak kepala masing masing dengan batu nesan.
Sebab jika dia ejekkan kamu begitu, aku tetap akan laksana yang sama.
Tak suka teman teman aku saling berkelahi.

Kalian...tolonglah..

Hati dan diri ini dah tak daya lagi.

Thursday, February 5, 2009

ZALIM

Aku, mungkin manusia. Seorang insan? Layakkah?

Kejab kejab aku mula kembali pada tabiat buruk aku dahulu...jika kalian baca permulaan ratahan picisan aku ini pasti kalian tahu.Tabiat gelab yang dahulu aku riakkan dalam hati.

Ikut nafsu.Lepas buat, sekian buat lagi.Bila puas baru fikir bana dosa kiamat.Tak layak jika aku ulang balik sebab mengapa aku mula berdrama tulisan maya ini.

"Mahu mencari yang lebih kamil" konon.......terus terang aku kata kadang kadang aku ini macam setan.

manusia_rumit : usah kamu buat aku jadi contoh. Aku bukan yang selayaknya.

Jaluran pokok angkuh makin menjadi jadi paut dahan hati sampai iman mula bisu.Bukan angkuh yang seadanya, jahat dan paling berbau hanyir sekali fiil aku yang tak bena dengan dedes aku calar pada hati yang lain.

Bertemu teman yang hanya cuti sebentar dari Russia, aku buat bodoh.Hanya pada "hai" aku habiskan air liur untuk dia.Macam ada dalam hati kata

"alah, berambus la korang, bukan ada makna pun aku buat baik"

Itu seorang.Dengan seorang yang lagi aku cuma bersalam, senyum dan terus pusing punggung aku mengadap yang lain. Masa mereka balik pun, mereka lambai "babai amin"

Aku angguk.Terus malas buang masa lihat muka mereka.

Aku tak faham apa apa lagi.Hidup.Makna.

Cuba hakimi tulisan aku di bawah.Banyak cela dari fikiran matang.Sampai aku pun tidak paham apa yang aku sibuk kejar kejarkan.

Aku tahu itu berdosa.Tapi aku relakan juga.

Hina jika aku anggap aku ini baik.Sebab banyak dosa aku jadi pelupa.Sering lupa mana aku letak kunci.Apa yang aku hafal untuk ujian esok hari.Sampai leka tahyat awal solat aku terbaca al-Fatihah.

Leka pada lagha dunia yang pada haknya bagai tali ke satu neraka Allah yang tujuh.

Masih keras berdegup enggan kembali pada yang dulu.

Nafsu.
Nafsu.
Nafsu.

Dan lihat bagaimana jasad ini berdiri.

Zalim pada fitrah diri sendiri.