Saturday, January 31, 2009

Teranjak Pada Dahulu

Kembali pada pautan rasa lalu.Suram.Penat.Lemas.Sepi.

Kini aku gelakkan pada nukilan aku sendiri

"Ikhlaskan hati,nanti kamu tahu"....

Cermin betapa hipokrit jasad ini bila sendiri dan bila dengan handai.

Bagai sudah hilang nafsu mahu ketawa.Junjung maaf aku pada Afedizal dan pada mereka yang tahu kerna aku sudah terjampi surah seorang penyepi.Kelakar bukan pada aku pagi tadi.Cuma aku mahu bersandar dan pejam mata atas bahu seorang sahabat.

Terima kasih buat aku lena seminit.Wangi itu buat aku leka sebentar.

Tengok citra manusia Oprah, filem Though None Go With Me, termenung dalam traffic tunggu percikan hijau, graviti perah kempis kelenjar air mata.Kenapa susah dan bila gembira itu untuk aku?

Mungkin sebab Zahra aku bilang

"kan amin jugak yang kata friendship itu lasts forever"...haha.

*diam

..Disuap dengan ajuk sendiri.Pahit likat rasa yang aku telan.Dia kata tak pernah menimbang bual isu demikian....dan susun kata rujuk pada "No" bila aku kata "amin tak mahu sekadar kawan sahaja".

Mulanya aku cuma sekadar bertanya suka suka dan apapun balasan dia aku kata no hal-lah,boleh handle punya.

Allah...Just never knew it would hurt like this....

Dan ia akan ambil ratusan tahun lagi bila aku boleh ada perasaan ini lagi.Sebab?Sebab hidup aku selalu dikelilingi perempuan dan sebab terbiasa dengan perempuan,mereka muncul sedia ada depan aku.

Seperti mana kita takan bisa bezakan nitrogen dan gas nadir dalam udara yang sedut hembus sehari hari.

Atau mungkin sebab yang lain lain...

:Sebab cuti berpenghujung.
:Sebab aku terasa makin hanyut dari teman teman.
:Sebab aku rasa tiada yang hadir

Atau mungkin sebab aku ini sakit..Tapi memang aku sakit dari dulu lagi.Sebab orang lelaki suka pendam masalah buat hati bengkak dan sebab inilah lelaki selalu mati awal dari jemaah Hawa.

Benar...aku rasa memang benar..

Dan kalau aku pergi dahulu...halalkan semua di sini ya?

Friday, January 30, 2009

Bencinya Buat Tag!!

Ni tag jasa baik deedle bag.Aku buat separuh je sbb nak gabung dgn separuh tag lagi dr kawan aku.

1/2 + 1/2 = 1....Cukupla aku terseksa buat tag nih.

Ni my first dan last tag people!!!

kalau boleh, saya ingin jadi:
1. Sin Chan (manusia gak ni cuma alam kartoon) sbb bolehla bajet comel goyang punggung kt depan orang ramai sambil mulut sebut "uuuuuuuuuuuuuuuuuu" wahh.cutenye...

kalau boleh, saya ingin jadi:
3. kucing parsi yang disayangi tuannya sebab kalau jadi kucing yang terjaga macam ni bolehla aku makan tido je.Kalau berak pun berak dalam pasir yang wangi... indahnya hidup....nak jugak jadi burung cuma takut tersedut dalam kipas kapal terbang je...eii..ngeriii tu


kalau boleh, saya ingin jadi:
5. lingerie......hahahaah...anda tahu sebabnya...(sebenarnya takda idea relevan nih)


kalau boleh, saya ingin jadi:
7. Pemeluk orang bersiri yang notorious gile.....sebab hidup aku agak sedih so peluk orang buat aku rasa secure and lega....oh yeahhh.

Ni tag Ainul

First name:
Che Engku Amin

Name you wish you had:
I love ma name but used to hate it during primary school coz people kept teasing me masa doa waktu pagi dengan sebutt "amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnn" clamourously and insanely loud.

What do people normally refer to you:
Amin and Min only.....teachers and lecturers have a chronic tendency calling me Che or Engku.No no no darling.Just Amin or Min.

Birthday:
6th December 1990

Birthplace:
Hospital Kemaman.....

Time of birth:
9.07 pagi

Single or taken:
heart broken.... (;_;)...

Zodiac:
Sagittarius

My appearance

How tall are you:
Lama dah tak ukur.

Wish you were taller:
Definitely dude!!

Eye color :
Dark brown....when i eat a lot of tomatoes it gets brighter.haha

Current hair color:
Black

Short or long hair:
Short.

Ever dye your hair a bizarre color:
Never and won't..

Last time you did something dramatic with you hair:
My mum cut it senget.

Glasses or contacts:
Will be supporting glasses nanti.I'm getting older dah...

Do you wear make up:
For cikensake,never.

Harap deedlebag dan Ainul berpuas hati....the pain im feeling now is like the kind i felt after bersunat dulu.....

Thursday, January 29, 2009

Bleeding....sakit.

Aku dihentak berdarah.

Macam disiat hidup hidup.Sakit sangat.

Pedih juga pilu pula bila aku cuba tawarkan bisanya.

Mahu meraung tak bersuara.

Mahu menangis, air mata kering tak mengalir.

Mahu bercerita tiada berkudrat.

Apa daya aku lepas ini?

Wednesday, January 28, 2009

Lepas Hajat (bukan pasal berak nih)

Hidup memang berjalar segala ironis kan?Aku akhirnya pergi ke pantai....cuma bukan ke deruan teluk aku mahu.Ini Pantai Mak Nik dan aku mahu ke Pantai Cendor.

Pantai Mak Nik agak bahaya kerna pinggiran sahaja sudah dalam teramat kontrari dengan Cendor yang sampai ke tengah masih tohor.Aku mahu bungkus kaki dengan tanah laut tapi.......rakan lain mahu ke sini.Biarlah mungkin lain kali.

kecewa + agak sedih + hari panas = malas mahu bertekak

Walhal aku tetap syukur.


Aku suka ini.Aku ikhlas ketawa.

Lama tak ketawa.


Antara teman terdekat.


Aku suka peluk yang berbaju putih.Baju hitam hates physical contacts.


Senang hati makan angin masin.


(hampir) nyanyi lagu Cela......tetiba je rasa malu.Then tak jadi.


Pe-potpet jalanan.Cermin aku


Kerna aku juga pe-porpet jalanan

Aku puas dapat berlari...biar untuk 2 minit pun.Sangat puas.

Dan kami lagi...




Sunday, January 25, 2009

"Mana Keajaiban Allah?"

Kini,kelabangan dan sirat aku agak berkelabut...Kerja kolej bertimbun,semua mahu dibentang naik cuti ini....Calculus paling memicit urat darah.Yang lain sudah aku sedia rangka.Kira lebih mudah,cuma perlu kait biar jadi kain penuh saja.

Aku mahu sungguh ke pantai,rindu sungguh pada masin angin laut.Mahu lari riang, sepak air dan tenguk masin angin laut.Penat datang duduk terlentang jadi junkies berkat Tuhan.

Senang.
Mudah.
Aman.
Daulat.

Semua itu masih milik kita.

Aku sibuk berteks dan mie tatap Buletin Utama.Warta wajib marca pada perang Gaza, mie hitungkan aku satu soal.

"Dah lama dan kan mereka serang negara Islam, kita tak habis habis berdoa itu ini, sembahyang hajat siang malam, tapi perang masih jadi gak.Kenapa?"

"Mana keajaiban Allah?"

*jangan simpul talian neuron bahwa ibu aku remehkan tauhid.Bukan dan tidak.

Telinga aku dengar berita dan lagu "check yes juliet" buat neurontransmitter agak pasif dan sekadar jawapan taksa yang aku boleh fikir.Respon mie buat aku berfikir sampai sekarang...

Cuba imbas renung dari perang Teluk ke perang Bosnia ke perang Iraq ke perang Palestin ke perang Gaza lagi.Sekali perang riuh kita (manusia) berdemostrasi jalanan, bantah depanan konsulat berkait.Pakai band kepala, arak sepanduk caci maki, dan berpiket.

"We want peace! We want peace! We want peace!"
"F*** ya Israel!!!"

Boikot kampeni sumbang peluru darah.KFC, Starbucks, Nestle, dan lagi.Tapi ke mamak

"MILO panas satuuuu!!"

Aspek rohani pula.Kita (Muslim) di sini sembahyang hajat siang malam, kongsi doa sejagat, dan 24/7 junjung doa berbau tangis ke langit.Lagi pula mereka di sana yang berbaur darah amukan perang.

Bukankah kita ada doa ampuh?Doalah kita ini agar tentera Bush dan Yahudi itu mati dimamah bumi, ditelan langit. Ada menjadi?

Musuh masih juga mara.Datang, sembelih jelata lemah.

"Mana keajaiban Allah?"

Negara Islam diserang dan ranap berabu,kita salahkan yang menyerang.Pernah kita salahkan kita rakan seagama yang mampu tak datang sama pertahan daulat?Pernah?

Come on people,Amerika itu bukan tandingan dia yang soak.

Bila perang, PBB sibuk bentang bahasan dan bantahan.Ada yang menjadi?Tak kan?Tapi mengapa tidak negara2 jiran datang gelapkan laut dan langit dengan tentera berbulan awal sama pertahan?

Buku lima takan mahu dilawan dengan budi sopan kot.

Mungkin di sini kita kurang. "Bersatu" Dan perang ini peringatan buat kita.Lepas satu satu mereka sembelih ke tanah.

"Jikalah Malaysia diserang, agaknya siapa yang akan datang tolong?" Nau'zubillahiminzalik

Agak ragu ragu jawapan kerna semua ada kepentingan global...

Mungkin semua ini adalah pengajaran untuk kita timbang dan pasti keajaiban itu Allah turunkan bila SUATU MASA NANTI bila kita bersatu yang benar benar bersatu.

InsyaAllah.Ini untuk aku, kamu dan semua.Dan aku bukan menyokong keganasan ya?

p/s: maaf jika isi hati ini agak provokatif dan sensitif.

Saturday, January 24, 2009

Entri Ini Takda Makna

Aku panggil ibu aku "mie" atau kadang kadang "kupu kupu"....hahaha

Betul..aku tak loyar buruk nih.Sebab mie memang suka anything yang resembles kupu kupu.

Bukan nak buat malu, tapi mie aku memang tiada mahir berbuat kek.Kek la sesenang mana pun mesti pada akhirannya jadi

kek "bantat" la
hangit la
tak masak la

Hahaha...pula aku jahat suka mengutuk kek yang yang tak berapa nak best tu.Hahaha

"eiii,suka mie ek makan kek mentah!"
"ala,kalau dah tak pandai tu,tak pandai la"

:)

Hari ini cuba nasib buat puding caramel (walaupun bukan kek).........guess what..

STILL TAK MENJADI!!!! Aku apa lagi ketawa pecah perut.

Bayangkan puding tu bila sudah cukup tanak, punya isi berderai sebijik macam bedak sejuk bertampung tampung dekat muka...nasib baik jugakla rasa caramel tak pecut lari ke langit.

Sulung aku kata "Dah yang mende ini nampak macam basi je, bakpe?"

Ambik!lagi kejam dari aku...

Mie macam dah hangin sikit "baik makan!kalau tak malam nie tak masak nasi!"

Apela.....kenala makan jugak.At last mie dengan aku sama sama redha yang mie memang tak pandai buat kek!!

Huhu....tak dikira jahat kan aku?

;)

Tuesday, January 20, 2009

Jatuh Cinta Lagi :)

"Boneca"

"Estrella"

"Bunkface"

"Sky Juice Coffee"

"Couple"

Ini melodi aku iringkan dalam perjalanan meratah hidup ini.Kini kemaruk pada "cela", "tunjukkan aku" dan "apa lagi" dan banyak lagi.

Sudah lama aku semat melodi glocal dalam bingkisan ini cuma lupa aku berkongsi.Aku suka musik kita dan to all songstress dan singers barat, maafkan kalian aku tendang ke belakang sikit sekarang.

"opps sorry.."

:)

Aku betul betul cinta pada apa yang berunsur "kita" sekarang.Segala adat,vintage stuffs dan sekalian.Buat apa agungkan pada yang jauh walhal iridesen pelangi di sana juga juga seindah yang di sini.

Jadi, kepada kalian yang sudah lama junjung apa yang aku baru mahu jinjit,silalah kongsi semua band dan dondangan kita dengan aku.

Beritahu aku band, lagu, link atau apa sahaja.Apa sahaja aku pasti gembira.

XOxo...

Sunday, January 18, 2009

"Tahu tapi tak reti nak terang"

T602 dr Seksyen 6 ke Seksyen 2.Kemudian U80 ke Kl Sentral.Dan KTM ke Mid Valley...

Dalam U80

Al maklum kemudahan awam, ikut nasib badan kala bersardin jika penuh.Juga wiken yang memang hari manusia berulat ulat keluar.Aku berhimpit di depan melihat latah mereka.Terperasan bual sekawan gadis melayu dengan pasangan Korea.

Mula aku senyum.Malaysians...we serve the best and warmest hospitility.Bangga juga...tiadalah meleleh lingua Inggeris namun cukup mesra dan ramah.Serindit Korea pula banyak tanya itu ini tentang Malaya....cuaca,pulau menarik dan makanan.

Namun, bila sampai satu bab ini, berdesing telinga aku rabak gegendang dengar satu bualan yang agak memnggil untuk aku berbahas...

Serindit Korea itu bertanya isu tudung....mula dengan ala ala euphemism

"My husband and I are wondering : it's really hot here and how can you stand the heat in those scarfs?"

"Here, I see girl like you all wearing all these scarf with different colors and pattern.Is there any regulation on how you guys wear scarf?"

Sang gadis gadis "bergelekek" @ ketawa sebentar.

"No-lah....we are used to wearing scarf in this condition so we don't really feel anything"

"Owh...all the colors and patterns are to matchy-matchy the dress we wear.No restriction.Just to look beautiful"

"Hahahaha"

Serindit dua dua angguk.Tanya lagi....agak sarcastic dan truely honest.

"Why are you wearing scarf and she's not?"

"I see a lot of girls who look like all you all, don't wear scarf at all and some even wear it to cover up only a portion of their head.Is there any different from you and all those people?"

Gadis gadis agak terkesima sedikit.Dan yang paling omel mula jawap

"Actually you know,it's depends on your religion,you know?" "The faith that you believe in"

Serindit pangkah

"Look at your friend here.She also a muslim right?But she doesn't wear scarf"

Jawap

"Well it's kinda depends on ourselves.Some people just don't feel like wearing the scarf so they don't and it also kinda depends on the place you grow up.Like most girl in big city don't wear scarf so it's depends on your will"

Kemudian,serindit dua itu bicara bahasa mereka.Entah apa yang mereka cakap.Wallahuallam...

Mungkin dia maksudkan lain namun lubang bahasa mungkin buat terhambur maksud lain atau mungkin juga dia tidak tahu mahu jawpa macamana.

Agak malu juga kenang bagaimana jika non Muslim mendengar?Mana pergi hakam buat ikat amalan?

Tak perlulah aku ulas kena isu tudung ini.Bukan aku yang selayaknya namun aku tahu di mana aku berdiri dan pada apa aku pegang.

Mahu sahaja aku buat analogy di situ.

"Excuse me...well it is back to how firm your hold on to faith.Like most Cristians, they aren't suppose to have sex before they get married, but most of them do right?In fact it was them who created the homosexual lifestyle.It's their culture that makes the unacceptable becomes the way of life"

"Do question the culture that most people choose to live in despite their religion"

Tapi basiccally aku agak lega aku tidak jawap.Kerna berbalik isu berbahas umpana ini, sebab mengharap faham pada perkara yang tidak tahu adalah sukar.

And it is so easy to comdenm about something we don't really understand.Kan?Kan?

Lagipun siapa aku........?Itu juga yang aku takutkan.Ditanya soalan pada jawapan itu susah ditakbir jadi satu fakta diterima umum semua kepercayaan.

Sebab kadang kadang kita sudah biasa menjawap

"Tahu tapi tak tahu nak terang macamana"....

Jadi mana molek, cuba menerang walau salah jalan sama2 dengan mereka atau biarkan sahaja.

Apa jadi dengan Fisabilillah?

Friday, January 16, 2009

It Is Darrlingg

Alhamdulillah.........riang itu makin aku rasa setiap hari.Teman kumpulan aku semua kepoh.Kepoh as if u know......kepoh yang dok hingak melalak sana sini.

Dengan mereka, kerap aku ketawa.Menuntut bahasa ilmu hisab juga jadi agak ringan walaupun maut aku bilang menghafal penangan bahasa Calculus 1.Bukan sini aku mahu bicara tentang teman baru aku itu.Bukan sekarang.Entri depan isyaAllah.

Budak budak kepoh kecoh yang suka guna kata "all four of us u know r,so cekap one u know" merujuk pada serasi gabungan otak otak sengal,kepoh dan kreatif.

*sila baca dengan loghat cina
*sengih kambing

Tapi chop!!Kali ini aku mahu kongsi timbaan aku di kelas Speech Communication...ini berlaku tika proses memecah ais (ice breaking)..hihi.Pecah ais?Sengal kan aku?Masa pecah ais seperti norma tipikallah perkenal nama dan seulas perihal belakang sendiri kan?Aku datang lambat maka berumah di belakang dan pecah ais mula dari depan.

Ikut persona individu.Mereka yang kurang omel pasti 2 3 patah terus duduk.Giliran ke 3....iya giliran ke 3 bangun budak ini (nama rahsia)bersalam fitrah dengan yang lain.Dan berkata :

"I'm aiming to fly off to America this year so i hope that all of you would pray for my success in meeting the cut off point to enroll in any Ivy League universities"

Pensyarah aku tanya :

"Why are you so eager to fly off early?If you do credit transfer, you wouldn't have to go through the freshmen's year.Enjoy your two years here and later become a sophomore."

Dia balas :

"You know, i'm applying for this university and from what i've heard, there a lot of stuffs going around the campus area."

Pensyarah : "What's goin on there?"

Dengan bangga :

"People around that area always have kinky sex party goin on every night every day, you know?I've always been interested in checking out these kinda of party, u know for i know i would be much different and more happening from the one at Johor Bharu there.I want to try kinky dresses and mingle with kinky people.I even heard "on the spot" activities are also allowed and i'm really into all these things"

Dia senyum bangga....

Aku berkerut dan angkat kening.Mulut Kher Lee macam mahu bilang "What the hell la you weiii
!!!" dan Alia macam "Hah???!!"

kelas diam buat 10 saat.....*aku kira betul 10 saat.

Semalam dulu, SPeech Communication dia ulas kena Viagra.Aku angkat kening sekali lagi.Mulut Tangesh separa terbuka......

"Aiyooo, this guy ar so teruk one.Always talk sumtin dirty maa!!!"

Hari ini, Speech Communication lagi.Dia bahas dengan pensyarah tentang isu sama.

"Don't you think that talking about sex in public is actually something sensitive?"

"No!! Why do you say so? Sex is normal and i Don't think it's sensitive"

Dan bla bla bla bla bla lagi dia sama pensyarah.

"Talking about sex is not a sensitive issue"

Aku jerit dari belakang..

" WELL, IT IS DARRRLINGGG!!!!!"

sekarang kelas diam dan pandang aku.

Sebab aku tak fikir ianya manis untuk bicara mengenai your colour pencil dan how much you like to stuff it into every boxes you could find kan?Disgusting....

Aku tak mahu ulas lagi nanti melarat sampai birds and bees.Boleh aja tapi tak mahu.

Monday, January 12, 2009

Buat Kamu,Dia dan Semua...

TOMORROW NEVER COMES
" If I knew it would be the last time that I'd see you fall asleep,
I would tuck you in more tightly, and pray to Lord your soul to keep.

If I knew it would be the last time I'd see you walk out the door,
I would give you a long hug and kiss, and call you back
for just one more.

If I knew it would be the last time I'd hear your voice lifted up in praise,
I would tape each word and action, and play them back through my days.

If I knew it would be the last time, I would spare an extra minute or two
To stop and say "I Love You". instead of assuming you know I do.

So just in case tomorrow never comes, and today is all I get,
I'd like to say how much I love you, and i hope we never will forget.

Tomorrow is not promised to anyone, young or old alike,
And today may be the last chance you get to hold your loved one tight.

So if you're waiting for tomorrow, why not do it today?
For if tomorrow never comes, you'll sure regret the day.

That you didn't take that extra time for a smile, a hug, or a kiss,
And you were too busy to grant someone, what turned out to be thier one last wish.

So hold your loved ones tight close today, and whisper in their ear,
That you love them very much, and you'll always hold them dear.

Take time to say "I'm Sorry","Please Forgive Me","Thank You", or "It's okay".
And if tomorrow never comes, you'll have no regret about today."

~this poem is gracefuly composed by Norma Cornett Marek~

This is to all people whom I love so dearly though some of them still ignoring me.
With them hate, I would only able to smile and forgive before it's too late.
For my penchant would later be my worst cut and sweetest indulgence.

Friday, January 9, 2009

"Lelaki Terrabun Sedunia"

"Lelaki Terrabun Sedunia"


Mungkin itu paling comel jika aku sangkut pada pangkal leher ini untuk jadi student ID kan?Mungkin juga persis yang paling merdu untuk kalian tonyeh pada muka ini kala hampir setiap detik dalam pondok buruk ini aku ber-emo...

Aku lekehkan rasa ini bila asyik melayan dogengan orang.
Aku siat jasad ini bila melihat tiada yang memandang.
Aku seranah pada yang suka bersatira puaka dengan bicara bongkak tiada adap Melayu.

"Kau taknak kawan,tegur aku sudah!!FYI,i don't give a damn and tak rugi pun"
(aku bukan adik kecil kamu.Minta tolong ada adap kita,kalau kau lupa la,Melayu.)

Aku itu serata ini dengan macam macam lagi....

Naik bosan aku melihat mereka saja terpandang seolah olah happily ever after itu hanya dicatit di azali untuk mereka.Tatkala aku lupa "InsyaAllah", doa itu mampu merubah karma kitaran hakiki.

Aku ada mereka.

Amin ada Zahidah yang call kali dinihari bercetoleh dan berkongsi.
Amin ada yang halal dipeluk : Afedizal.Lantakla aku memang suka berpeluk
*gila gay bunyi :)
Amin ada yang boleh dijelir "Eii,mu makin gemuklah.What's with the gut?" si Faidhi
Amin ada Ainul, "Euw,you have pimples already" Haha...
Ada Halimah, Yong dan lain2.

Amin juga ada kalian...keluarga baru.

Sekian ini, I AM SUCH AN ASS!! Okay,too harsh for me.Tak baik untuk psikologi ni.Maybe not,cuma sekadar AS sahaja.

Attention Seeker, bukan?Kakak Fynn pernah terajang aku dengan "Si Rabun" dulu dan aku jawap soalan dengan jawapan taksa.Tidak aku give a damn itu samad atau tidak pada tiang seri jiwa lelaki ini.

Aku sangka aku jadi lebih molek dan jumpa sedikit yang aku cari sebelum.Galak aku khabar pada teman "I've changed.I'm a brand new person now".Bangga dan contented dengan fantasi improvement sendiri.Sangat pathetic aku rasa...Sangat sangat pathetic...

Benarkah lelaki itu (somehow termasuk dengan aku yang murah airmata ini) ego?Tak payah jawap.Allow me...."Iya" Lelaki memang ego....samada yang fragile terutama pada yang macho.

Aku ego untuk mengaku yang sekian ini aku buang paku pada kaki kiri tanpa hiraukan pada yang kanan.Akhirnya,kaki berdarah lari setempat.Kadang kadang kita bodoh pada yang mudah kan?

Terlalu optimistic hingga terhumban jatuh jadi narcissictic tak bertempat.Konon tough macho.

"I'm a man.I epitomize survival and impeccable macho-hood"
"Alah,kacang lah semua tu.Petik jari je"
"Aku boleh ngam dengan sape ape pun"
"Bukan anak jantan la,kalau sedih sikit sikit pun nak nangis"

*arrghhh..this hurts like taking a fresh fired bullets.

Aku akan cuba untuk tingkah layanan fantasi terlampau yang tak tergapai

Mungkin dua tiga hari ini takan masih mampu untuk senyum manis namun aku janji ianya tetap ikhlas.InsyaAllah.....aku inikan murah airmata dan juga cinta.Senyum itu aku berhak dan masa akan tutup luka ini.

Esok Sabtu....wiken...bagus!Sebab memang aku sangat ingin memeluk Sabtu dan Ahad.Perlu termenung dan menyelam sejenak menimbal balas apa yang aku tahu,apa yang aku tahu tidak tahu,apa yang aku tidak tahu aku tahu dan apa yang aku tidak tahu aku tidak tahu.

Kompilasi album gayanya makin rumit selaras masa ligat keliling jam.Takpelah...Esok itu insyaAllah masih ada buat aku.Mungkin aku sekarang dalam beraturan panjang tunggu masa giliran Allah kurnia "makna" dan "bahagia" dalam hidup aku.

Sekian ini,barulah aku bangkit pada khilaf.SABAR itu perkara sepayah payah kerja amali yang perlu buat.Bagaimana kalian bikin semua nampak indah dan senang?Atau mungkin kita serupa dalam genre yg lain yang beza cuma pada kalian yang bijak memilih enjin untuk kapal layaran kalian.

Dan aku sedang berdayung guna tempurung kelapa...Slow and steady.Bleh pakai ke falsafah ni?

Biarlah buat masa ini.The only thing that makes walking through this chaotic,clamorous and uproarious life bearable for me is LOVE.

Mungkin situ aku tetap takan berubah sampai bila bila.Aku cinta cinta.

Gayanya aku perlu mula sekali lagi.....kalian jangan lepaskan tangan aku ya?

Wednesday, January 7, 2009

Jika Pura Pura itu Adil

Kuliah pertama sepak mula hari ini...rutin tipikal di dusun prosaic ini...Aku ingkar mahu berdendang negatif cuma dada aku ini mungkin tersumbat dengan rindu dan sepi..

Hingga aku berjalan dan pandang belakang, aku bertanya

"Mana bekas jejak aku?".............aku tak nampak.Hati retak...

Aku positifkan hati ini walhal payah bagi aku mengengsot jika aku rasa tiada orang di tepi.Di kelas tadi, aku ketawa juga...bukan sebab mahu mencium bontot sesiapa cuma ketawa itu bukan dari CE@ di sini.

Tawa bertitah dari Che Engku Amin yang mereka kenal..Kemudian aku diamkan seluruh kuliah hingga ke petang....

"Mungkin lebih indah jika aku sembunyi CE@ itu dan jadi Che Engku Amin itu sahaja."

Pura pura maksud aku...Bukan hipokrit ya.Aku benci hipokrit ataupun memang aku ini hipokrit?Entahla...biar tuhan tentukan..

2 3 malam lalu,lepas aku bertelikuh selesai solah mahu junjung minta minta ke langit,tak semena mena dada aku kembang....Kembangnya hingga halkum ini rasa bagaikan dihiris mayang.

Kain pelikat aku pakai mula lecuh...Sekali lagi masa itu,aku sepi seorang dalam kamar ini..Yang lain keluar ke bandar...Dan sekali lagi anak lelaki ini menangis.Kan aku dah bilang laki laki ini murah air matanya.

Teman bercerita aku hubungi ada aral maka tinggallah aku saja.

Jika aku snap potrait aku basah dengan air mata dan hingus pasti kalian benci aku kan?.Haha

*senyum kelat

JiwaKaco kata "Sepi itu indah"

Bangkit khilaf aku sedar aku tidak betah bersendirian.Takut.Gerun.Ngeri hidup di sini tiada bersahabat bercerita.Aku tak salahkan mereka.

Kamonlah..toleh kiri kanan sini.Hati tegas kata simpati teman bukan di kolej ini.Salah aku.Aku perasan itu.Lelaki2 sini bukan perempuan yang lapang masa buat sesi kaunseling.Molek mereka pergi jamming,karoeke dan dating dengan aweks.Bukan?

Simpati itu is just not here Amin.Sabarlah.

Berdosa kotorkah jika aku berpura pura kerna tidak mahu sekalian melihat barah busuk aku?

Biarlah ya,di kolej aku tunjukkan gigi senget ni tersengih sengih,galak ketawa dan riang kendatipun hati ini tiada berdondang sayang.

Aku rasa itu cukup adil untuk aku dan mereka,bukan?Tak perlu lagi aku murung zahir dan mereka tak payah tahu isi hati ini.Aku senang kesat air mata pada sejadah saja.

Dan mereka tak payah buang masa layan aku berhingus ni.

Cukuplah kalian yang menyampah bagai hendak bernanah mata baca aku mengada ngada merengek itu ini kan?Ampunkan aku ya?

Kalian keluarga sini dan sahabat baik aku pun sudah cukup.Keluar pagarlah jika aku minta lebih.Ssesunguhnya aku sayang semua KALIAN di sini.

Sungguh.

Tuesday, January 6, 2009

Jangan Lupa Saudara Kita

Kalian, aku dan kita, tetamu bumi bertongkat tiga yang dirahmati Allah......

Aku sini mahu kongsi, pimpin tangan sama kakak aku berjariah sama kalian...

Kerna ini mungkin selemah lemah kudrat yang bisa aku,kalian dan kita hamburkan untuk saudara seagama kita yang merintih malam laknat Israil hingga ke siang seksa gempur perang...

Ini aku bingkiskan doa 4 penjuru kiriman guru aku.....

Sama sama kita ikhlaskan hati dan luang lapang dalam sibuk kita ya?

Boleh?Boleh laaaa.........InsyaAllah.... Kita mula!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mula dari langit (atas) baca Qulya....

Ke bumi (bawah) baca Qulhuallah...

Ke kiri baca Al-Falaq....

Dan ke langit (atas) semula Annaas...

Gambaram masjid hadapan kita, dan lafaz di titik pusat rumah Allah itu..

Lafaz La'ilahaillallah, Allahuakbar dan ayatulkursi 3X

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

IsyaAllah............Subhanallah.......Allahuakbar.....

Sunday, January 4, 2009

...............

4 Januari 2009..

Kembali berdayung dalam awan plastik yang bocor sana sini dengan kepuraan dan berselirat dengan bernacles dan lumut sepi di setiap celah.Tidak tahu kenapa di sini fiil adalah negative feedback dan secara auto pilot terjah jadi seorang penyepi..

Di sini
Aku banyak rakan namun tiada berteman.
Aku galak ketawa sama mereka walhal tidak gembira
Dunia aku luas tapi nafas aku sempit.
Banyak cerita tapi tiada yang mendengar
Hakikatnya aku ini invisible bagi semua.

Lepas ini hendak date dengan Ilahi, satunya yang melihat aku zahir batin.

Hati ini tidak kosong namun sunyi...sunyi lagi sepi....

Esok mahu masuk darjah baharu, makna nya akan ada muka muka baru.....

Biarlah,siapa tahu mungkin esok masih lagi sepi tapi sedikit ceria bukan?Walaupun aku rasa tidak...

Friday, January 2, 2009

Salvation 4 My Barah

Segenap manusia sibuk buat lamputinggi untuk gulungan tahun 2008...ada yang sibuk hulur takhta pada teman, buat sinopsis kelana 2008 juga kibar bendera baru tekad otak logik.

Aku bukan peminat obsesi spare part azam purnama baru kerna aku takut mati tanpa sempat cash in apa yang aku pahat pada awan dan luah pada pasir.

Aku penakut?Tak payah khabar....aku tahu

2008 aku bilang sangat emotional.....Aku juga mahu kongsi salvation maya aku tahun lepas.



Gurindam kempen barah....* vid ini sepatutnya in HD.jika tidak maaf ya?

Semua pasti ada barah cuma selisih pada apa barah yang menyiat.Barah otak,barah payudara,barah prostate atau barah hidup atau juga barah cinta.Semua terpulang.

Ini jadi pengesat hingus masa aku tiada teman......

opss lupa : Kenapa aku makin suka peluk orang ya kini?Nak peluk orang lagi...Mahu?Mahu?

:)

Thursday, January 1, 2009

Titik....

Masih menunggu si paloma (burung merpati) terbang bertenggek depan laman pondok buruk aku bawa segelung mushaf dari abang kata

"Sudahla,aku maafkan kamu.."

Pasti manis jika itu benar.Kasihan, hempedu yang peritkan halkum ini.

Sudahla Amin,aku rasa engkau itu terlalu penyayang.Senang sangat kau limpahkan cinta sayang itu pada mereka.Manusia bukan semua insan tahu??

"Salahkan aku sayangkan orang?!!Kau bodoh,jangan ajar aku yang kau sendiri tak paham!!"

Buai malam aku bergeresek macam tong tong besi kembang malam memikir peri adakah dia akan maafkan aku?Terlalu banyak entri maaf sudah aku hidang kan?Sudah mual?

Bagus..sebab aku pun sama.

Aku perlu berhenti sebab aku lelaki yang sangat murah air matanya.Mahu beli?Dijentik sikit hati ini pasti mahu bersandar di bahu teman tumpang kesat hingus dan air mata.

Aku sayang kamu tapi aku kena bertatih jika aku mahu berlari esok.Kamu pasti sudah kuburkan aku dan humban khat nisan Engku Amin jauh jauh agar tak perlu lagi untuk kamu datang ziarah.Itu pikir aku.

Aku redha aku bernanah dari kamu tercalar sikit pun.Biarlah dan biarkan aku.Marahlah aku,jangan maafkan aku jika itu yang kamu bahagiakan.Aku tetap telan.

Aku akan move on tapi kamu tetap abang aku.Titik sudah untuk jamuan kaitan maaf.

Aku mahu peluk Afedizal,antara salvation aku, lagi.....runtun hati..

Ini Bukan Ucapan Tahun Baru 2009...

2 tahun baru sudah aku sambut dan sehari lagi pada bulan 1 kelak...

sungguh aku benci mengingat waktu menghitung saat.

Sudah 2009........dan aku masih tidak dimaafkan..

Boleh kalian maafkan aku terkira sekali dengan kamu yang sangat aku dahagakan keampunan?Aku harap kamu masih bisa berkata "Ya"...

Hati ini rindu mahu bicara dengan kamu...

Itu sahaja...

*mata pedih menahan air mata