Monday, December 29, 2008

Maaf dan Babi

Entri ini dua.

Untuk maaf pada yang aku sayang dan jari hantu untuk yang aku rasa nak terajang

"I know sometimes it's gonna rain...
But i could make up now'
Cause I can't sleep through the pain
You're mad and I don't wanna go to bed
Mad at me and I don't want you to go to bed
No, I don't wanna go to bed
And I don't want you to go to bed with you mad at me"

Aku buat kamu bengang pada tika kamu tak larat.Kamu sakit dan aku hina layan kamu begitu.

Aku buat kamu sesak dengan peribadi bodoh dan jalanan lumpur bicara aku.Halau kamu dari teduhan itu.

Dosa aku.Khilaf aku.

Tiada terniat aku mahu buat kamu bengang masa itu.

Maafkan aku kerna tidur aku lena dengan ampun dari bibir kamu.Aku minta maaf pada kamu,abang.

Maafkan aku Hafiz..

****************************************************************************

Skeptikaliti yang ketidak-caknaan engkau untuk faham kita ini berbeza buat aku muak.Aku tak betah mencium punggung manusia lain.Rupa engkau lain,rupa aku lain.Engkau cakap seolah engkau bijak jauhari dan genius.

Memang engkau pintar dari aku tapi usah engkau jamah yang bukan milik engkau.Aku aku engkau engkau.

Aku mual dengan engkau yang cuba pengaruh untuk aku muat dalam acuan kueh buruk yang engkau agungkan itu: Refleksi Citarasa Engkau!!!

Kerna aku tidak sokong jersey bola sepak UEFA,pakai baju Adidas,kasut Nike, dan tak sanggup berjaga tengok bola,jangan berani engkau tegur apa aku beli,pakai dan laku aku.

Aku juga ada otak jika engkau lupa...

Again,skeptikaliti dan ketidak-caknaan engkau itu buat aku mahu teriak :

"You are one fat-assed pig!!"

Dan baik engkau syukur aku ini penyabar.

Jangan tunjuk comel lintas garisan itu! Nahas..

Saturday, December 27, 2008

Aku Mahu Ini Sebelum Aku Mati

*Aku telah tekan punat "DELETE" untuk humban entri kenaan mengutuk Islam jauh jauh.Mata serta kalbu ini pedih melihat URL itu semata-mata.Sebenarnya SEDIH itu lebih berat berbanding MARAH....*

Acap aku dibisik "Jika aku mati esok,aku nak....

1.Ada banyak duit
2.Jadi pemerintah satu dunia
3.Ada mahligai
4.Isteri macam model
5.Beli semua benda dalam dunia nih

dan serba serbi lagi niatnya...

Entahla....

*tersenyum kelat

Mengapa jika mati esok,masih mahu berlingkar berbelit dengan perkara rumit?Iya sini aku pekik duit,istana dan khazanah itu rumit.Mungkin kalian ada 2, 3 cabang tafsilan akan apa aku hidang di sini.

Tepuk dada,tanya hati.Kamu lain maka lantas hati ini asing.

Jika aku,tidak aku idam harta si Qarum jika aku mati esok.Sulit mahu mengurus yang menggunung sana sini.Tidak aku mahu istana Nabi Sulaiman kerna maintainance umur abad ini sangat gila mahalnya.

Tidak aku mahu isteri macam model kerna belum tentu makan minum aku terjaga.Mungkin hidup aku pagi petang siang malam menelan air tangan orang asing bukan isteri yang aku nikahi atas nama cinta dan fisabilillah.

Jauh ganggang dari api mahu bertengek atas takhta menjadi raja.Aku ada mild migrain,tak aku sudi rela menyibuk mentadbir negara.Kerna walau agung mana aku mungkin dijulang dimuliakan, aku tahu takdir terakhir bagi setiap kerajaan adalah kehancuran.

Itu janji yang pasti..dan sudah pasti bila bangkit semula,aku sudah 7 kaki dalam tanah berkain kapan mengadap kiblat.

Aku tidak mahu beli macam macam sebab aku tidur dan hidup dalam pondok buruk dan tiada tempat mahu disimpan harta yang aku beli.Nanti pula menarik musang berjanggut datang malam mencuri.Nyawa pula di situ aku pertaruhkan.Mungkin mati esok,ditikam mati malam ini.

Tika aku menungkan sekian hal yang aku mahu milikku sebelum aku mati kini aku fikir hanya sekadar tentatif.

Tiada hati ini ingin tercangak berurusan dengan bank uruskan harta,mahu jelas bil itu ini yang memanjang 3 ela untuk setiap nafas aku hembus.Tiada juga aku mahu memandu sana sini menayang mewah punggung aku bersalinan couture.

Telefon berdering sepanjang saat bawa khabar akan pelajaran aku,urusan banking,direct selling,voice mail,miskol dan itu ini.

Ahhh!!! Setan.Serabut..

Bukan.Sudah bukan itu yang aku mahukan kini..

"Jika aku mati esok,aku mahu....

1.Jumpa Wan Afedizal,Faidhi,Hafizuddin,Ainul,Zahidah,Halimah,Yong serta Chen untuk gelak ketawa dan air mata terakhir.Ya,mahu peluk mereka sekuat hati.

2.Jumpa abang aku Hafiz dan peluknya seerat boleh dan tidur atas bahunya biar buat seketika kerna dia telah jadi satu warna cerah dalam hidup aku.Walhal hanya beberapa hari aku kenal nama itu.

3.Ambil gambar keluarga aku kerna jika kamu melangkah masuk teratak buruk aku,perasankan tiada sekeping potrait family terpahat pada dinding.Aku mahu ambil gambar itu,frame-kan molek dan tatap sepuasnya.

4.Cium bonda dan mak tok sepuasnya biar kering bibir ini dan ikut sama abah dan abg kandung aku.Betapa akan aku merindui mu.

5.Naik skuter buruk pusing bandar tanpa helmet dan teriak sekuat jiwa.

6.Akhirnya,aku mahu sempat khabarkan pada mereka yang tersayang terutama Zahra betapa aku sayang dan cinta mereka.Kasih aku pada kalian aku bawa hingga mati.

Dan isyaAllah itu sahaja yang aku mahu..."jika aku mati esok".....

Semoga umur terus dipanjangkan untuk melihat mentari esok.InsyaAllah.

Hidup itu insyaAllah dan Mati itu pasti.

Kalian bagaimana?Apa pula yg kalian mahukan?

Thursday, December 25, 2008

Kau kenan Ke Tak,Kau Abang Aku!!!

Hafiz....satu lagi sebutan baru aku sumbat, aku tonyoh dalam irisdesen mimpi pencari ini.Itu sahaja yang aku maklum akan dirinya.Abang baru aku.

Hafiz..Cuma Hafiz.... :)

Jika kalian ratah mushaf lewat ini, jika kamu kenal hati ini, pasti beribut di kepala tanda seru akan insan bersebut Hafiz..Aku senak berteleku kenapa aku tersuakan dia dan kenapa hati ini petah memberi hadanah padanya? Atau mungkin ada yang hanya terlalu mengah untuk peduli siapa dia.

Tengku Mohd Amir satunya sedarah aku.Satunya beradik aku.

*(Pelik kan?Dia Tengku walhal aku Che Engku.Tak fair and lovely betul dia dapat Tengku.)*

:)

Itu kerna kanda aku disambut dari rahim di lapangan mastautin nenda abah maka bisalah mencuit "Tengku".Lapan musim omputih berlalu dan aku disambut di Kemaman,bukan lapangan halaman maka tiadalah boleh aku ber"Tengku"...Pelik kan?

Sudah sudah.Biarkan mereput itu.Kita bicara Hafiz ya malam ini?Jika suka,ratah.Luga atau benci,maaf tiada tapau servis sini dan tak mengapa berlalu.

Dua malam sebelum,payah sungguh aku kepil mata ini pada saudara mati maka aku berkelana sana sini dan berpenamat dalam satu bilik bicara.12 jam menunggu matahari nippon muncul di Malaysia,aku tersangkut di ruangan bicara dewasa.

Semua bilik aku masuk.Termasuklah bilik explicit.Haha...melihat latah manusia global.

Sekonyongnya muncul dia menyapa.Cakap itu ini.Aku selesa denganya.Dan dengannya aku pimpin laku paling gila pernah aku unjur seluruh nafas ini.Masih tidak percaya I did it and why on earth i did it...usah aku titipkan apa aku buat....Memang macam haram apa yang aku buat tu...

Kata Siti Nurhaliza "Biarlah rahsia"

:)

Aku bagaikan mabuk kepayang akan watakannya yang wangi,selamba dan rock selalu.Aku mukakan tanya yang tidak berlapik dan keras,dia jawap senang juga jujur.Kias kiat bahasa terselit lucu sengal.

Profiles dirinya aku gali bagai hendak mengorat,tanya itu ini hingga aku pikir aku ini amat amat memualkan.Dia gagah selamba dan ikhlas.Hidang jawapan soalan aku pesan.Hingga aku dan dia menyahut seruan tidur pada dinihari.

Sekian ini,sungguh pun aku punya kanda sulung,kami umpama anyaman mengkuang.Rapat erat adik beradik namun masih ada punya ruang longgar di tengah anyaman.Dia tiada petah dalam bertegur sapa dan hanya bicara perkara utama.Seorang pendiam.

Bukan aku sental dia "abang yang tidak baik" macamlah aku ini "adik yang sangat best" dan kerna diam itu lumrahnya,aku terima sahaja.

Dia tetap seorang abang..dunia akhirat sayang dia walaupun sesekali suka menyakitkan hati aku.

Aku cuma mahu seorang lagi abang yang cukup EXPLICIT macam dia untuk bicara yang aku tidak peroleh dari abang aku.Kerna aku juga seorang yang amat EXPLICIT....amat amat explicit kadang kadang.

Tiada di sisi aku yang benar benar masak akan dimensi watakan aku kecuali yang mereka kenal sebagai Amin,seorang yang suka suka.

Halal dan boleh kan?Maafkan aku jika setuju bukan di bibir kalian.

Samada dia kenan atau tidak jadi abang,apa aku peduli?Aku sudah jumpa secebis yang aku cari.Syukur itu dalam pelukan aku dan dia,kamu tetap abang aku.

Jika dia,kamu membaca,lapangkan dada untuk benarkan aku jadi keluargamu.Aku sangat suka dan mula sayang pada kamu......

Perlahan lahan di alam maya ini irisdesen aku kembali berwarna dengan warni rona sebenar sebuah hidup.

Teman teman rapat mula lihat sebelah aku yang lain.Yang aku tidak benarkan mereka kenal sebelum ini.

Aku jumpa keluarga baru. "Haiii,sahabat sahabat blogger!Aku sayang kamu!!"

Aku jumpa kakak: Fynn Jamal yang rock habis, yang aku idamkan bagai nak rak perempuan mengandung hendak makan asam.

:)

Aku jumpa abang yang aku tidak sangka aku akan rindu. Hafiz

Tuesday, December 23, 2008

Abang, Kakak dan Nenek

Selama jalanan aku sana sini berkoyan yang aku jumpa.Sesekala aku lihat ke belakang lihat kesan hangus ludahan aku di jalanan.Ada yang aku kesalkan dan seguni aku bangga.

Di sini Allah jumpakan aku saudara yang aku tiada.Seorang kakak yang Allah tulis bukan rezeki aku..

Fynn..kamu kakak aku sekarang.Aku mahu jadi angkatan kamu.

Di sana pula,aku jumpa seorang lagi abang.Sangat cool,rilek,rock serta selamba watakanya.Satu malam bicara aku rasa ringan.Perihal bual akan isu yang tak berbangkit dgn sesiapa.

Hafiz kamu abang aku sekarang samada kamu perkenan atau tidak.Aku sangat suka kamu.

Ini bukan aku junjung anak beranak angkat tapi aku seorang yang teramat mudah menyayangi insan manusia.Jahat,buruk atau setan semua aku sayang tambah yang tidak ralat tarik bibir ini untuk tersenyum.

Jika keluarga Hawa dan Adam semuanya halal, sumpah aku buat kertas tanda "FREE HUG" yang aku arak merai satu dunia.Peluk kamu, peluk dia, peluk semua.

Indah bukan jika semua bermanis muka bertukar kasih?

Titik untuk romansa itu.

Sekarang ini ligat menelaah akan pilihan raya di Terengganu akan datang.Terimbas pada seorang nenek pada pilihan umum lalu yang bersungguh menyondol Mat Sabu.

Manifesto "Sokong saya, hutang kain langsai!"

Bukan.Bukan aku mahu masak gulai politik.Bukan.

Cuma aku terfikir jika purnama ini nenek itu masih mahu berlumba,apa janji yang akan dilaung?Makin aku dalami yang mungkin berkumandang,sedikit sedikit aku tersengih sengih.Mahu aku kongsi yang berlegar kini namun gerun terkenang yang suka mengata di rumah orang.

Nanti adalah label label baru hinggap.

Semoga berjaya ya nenek...

"Sokong saya.Hutang kain langsai?" :)

Saturday, December 20, 2008

Memang Sah Malas!!



Best tak pemegang tudung periuk nasi ini?

Abah larik dari kayu kerna terlalu malas untuk duit dihambur pada yang baru.

Best kan?

Dem!

:)

Friday, December 19, 2008

Zahra Aku ke Mesir...

Dia tinggalkan aku seminggu..

Ke Mesir....

Aku geram dia tiada

Aku rindu dia di sana

Moga hajat aku dibawa pulang

Bunga tercantik di tanah Arab

Tuesday, December 16, 2008

Sushi Benci Aku.Macam Haram Punya Perangai

Aku wangi malam ini.Bermandikan eau de toilette mahal...

Hendak pergi dinner sama teman akrab.Hendak makan sushi sebelum kedai itu jauh bankrup.Aku umpana cilikan kecil excited mengorder makanan nippon.Aku minta udang,salmon,tuna dan octopus.

Octopus sampai dahulu.Aku jamah dan sedap!Mesti salmon yang mereka gilakan itu bertambah enaknya aku fikir.Sampai segala sushi.Ada yang lucu rupanya dan ada pula jubur udang itu terjolok terjelir dari kepongan pulut dan salad.

Yang terjolok terjelir masih sedap maka aku yakin dan lahap aku menyumpit salmon pula.Kunyah punya kunyah,rahang aku kejang,gigi mula bergetah.

Mula timbul sensasi lendiran dalam mulut aku.Macam salmon itu aku telan fresh from open sea.Muka aku mula biru.Sangat biru.

Refleksi mual itu buat aku jeluakkan semua yang aku kunyah.Iya.....pada masa yang lain sibuk menelan itu aku terjeluak dan pula aku bersila di sebelah kaunter...aku mencuba terjeluak tanpa sebarang punya bunyi.

Aku berjaya dengan penuh keloyaan.

Dan teman aku yang repulsive dengan sea fuds terang terangan hendak termuntah tatkala mencuba telan 1.5 cm square salmon.Ter-uweek uweek mencari air menelan kembali apa yang berlegar di easophagus.Aku gelakkan saja dia.

"Makan ikan sikit pun dah nak jeluok,mu nih!" *tak sedar diri aku ini.

*sengih macam takle bla

Jangan harap akan aku telan alah mentah itu kembali selepas ini.Tak mungkin sudah!

Kenapalah healthy fuds selalu sahaja taste macabre-ly horryifing?

*mengeluh berat

Penutup,aku despise sushi.And long live fast food!!

Dan juga masakan ibu!! Rock habiiiss!

Pada umie,terima kasih membuat kueh bakar!!Hangit sedikit tapi sedap!

Pada sushi,usah berbau lagi dalam nafas,tidur,hidup dan mati aku.Aku benci kamu semua!Namun,terima kasih kerna benarkan aku tahu betapa tak sedapnya rasa kamu dan kerna sudi menjadi signboard dalam pencarian aku.

Takan aku lupa kamu kerna aku sentiasa benci kamu ya?

To: Sushi terbenci
From: Yang sangatlah membenci

Saturday, December 13, 2008

Payahkah Untuk Setia??

Payahkan untuk setia?.......

Sebagai lelaki,aku ingin kacau satu tipikal yang most women cop pada pangkal dahi most men.

Aku idam singkap intisari komplikasi ini...Entahla...Mungkin ada terselit antara celah ketiak di sini menyumpah seranah dan sangkal tulisan ini atas basis :

1)aku masih mentah dan tidak tahu realiti hakiki
2)aku masih tidak merasa lagi sakit bila pasangan lafaz "i don't want you" atau "there is no us"
3)mereka laung "woi,pernahkah kau tu bercinta?!!"

Bagi aku "kamu tidak tahu apa yang aku tahu.Lantas hati ini bukan kenalan kamu!Jadi palingkan iris itu pada teduhan lain."Aku tiada nafsu bicara kasar di sini.

Percayakah kalian pada fairytales atau/dan happily ever after?...apakah ini berbunga mekar dan tertitis embun dalam hati atau sekadar satu genre untuk filem judul "Enchanted"?Seperti biasa bukan fitrah lair aku ini sebagai arbitrasi.

Biarpun aku ini lelaki,acap kali aku hairankan tradisi lelaki di luar atau antara teman2 rapat aku bersiul siul,"ber-salivate" macam biawak komodo,terhungga hungga macam kera kena belacan bila saja ada wangi yang melintas.

Mengapa ya?Tiada lagak imam masjid,alim ulama namun aku tiada detak hati berperangai demikian.Barbaric semacam bagi aku.

Sukakah kalian (wanita dan perempuan) dikejar dan disuili lelaki?

Machokah kita (lelaki) menampakkan aspirasi seksualiti desperet itu?

Aku rasa tidak..Kalian bagaimana?

Entahlah...aku rasa aku ini spesis Family Guy....Aku suka merancang untuk keluarga aku di balik hijab itu.Aku suka mimpi warisan aku berlari memeluk ketika aku pulang dari lapangan dan berteriak

"Ayah daaa baliiikkk!!!"

Aku larik pada hati ini :

1)teduhan sempurna
2)profession molek
3)sihat tubuh *InsyaAllah*

sebelum aku masuk meminang yang berkenan di hati...Ada teman aku yang on-again,off-again,on-again dan off-again...Adapula yang tidak petah jika pasangan tiada depan mata.Lantas mahu saja berpaut pada yang lain.Mula bergatal dan bila ditanya

"Ah,mana ada apa apa.Kenal kenal saja"

Ada pula bertahun tahun berbunga cinta tiba ribut,layu bunga di taman,habis wangian mengiring ke pintu masjid.Mengapa?Adakah bosan?Rimas?Ashtma?

Bila aku tanya "Korang kan dan panggil mama papa satu sama lain,siap merancang kelak mahu bersanding atau tidak.Mcmana boleh break up?"

Jawapannya gampang.Habis yang buruk dihambur.

"aku hendak berdual dengan budak pompuan lain pun nk bertekak"
"rimasla aku,tiap masa hendak spot-check hanpon aku"
"dia berat sebelah.Asyik aku saja yg sibuk keluar dgn geng2 dia.Bila aku ajak minum dgn kawan aku,mcm2 alasan."
"dia asal gaduh,asyik aku nk mengalah!Balik balik ugut nak break up"

PAda masa emosi suka,kentut pun dikata wanyi walhal bila affection kendur,mula dicari musabab selamat tinggal.

Benar cinta tidak boleh dipaksa..iya,aku tidaklah sebanggang itu.Tapi bagi aku bagi mereka,pacaran "multi-tasker" ini,cinta boleh dipupuk.Tidakkah kalian menungkan,sepanjang turun naik kalian dalam kayangan dunia itu bertempayan air mata yang tertumpah dan tiada terkira hati yang merintih pemergian kalian.

Dan di situ kalian fikir sejampak bunga sudah cukup.Manusia kuat.Sangat kuat.Kita pendam hura hara hati hingga yang rapat kata kalian ceria dan slumber.Walhal walau siapa kita astronaut negara atau penjaja tepi jalan,emosi itu fragile dan brittle.Ingat itu.

Walaupun seakan insane dan delusive, mengapa tidak ceriakan sandaran harapan pada masa yang terlingkup hijab Ilahi di hadapan dengan Happily Ever After dan Fairytales?HAppily Ever After bersama si dia yang setia berjaga dan tidur kerna kalian.Kalian dan mereka sempurna dan istimewa.Tidak melampau jika kalian deserve it dan worth it.Benar?

Jika halal,peganglah dia dan setialah despite (for men only) the well-previleged kouta we always have.Dan jika suatu masa kalian terjaga dan lihat di sisi kalian tiada lagi yang memeluk erat,ingatlah dunia atau akhirat, the heart goes on..

CHEERS!!!! Pada segala C.I.N.T.A.... :)

Wednesday, December 10, 2008

Mushaf aku English Kali Ini

Haaaah!! Puff! Out of the deep blue sky, I am somehow feeling like writing.(sebenarnya rindu dekat my weekly journal punya assignment)

You say this better be good ah? Or i would be humiliating myself all the way down here.I am not wanting to brag and definitely miles away from wanting to flaunt but i think it wouldn't hurt that much if this tiny little vicinity here has a quantum slice of language diversity.Talking about emulating the nature of chameleons ah?

From quite giddy conduct of writing, trust me this is a sprodically rare nature of CE@:to write blog in English.Now I am still in my precious + alluring + boring 2 months break.Those who know me would know,with my puerile,affable and hilarious pretentious etiquette, i would go the rest of my life telling the whole cosmos how sedap my cuti panjang is.

Weeks ago,the exotic excitement shattered.My celestial holidays have turned into weeks full of perpetual and lunatically mundane routines.I didn't know why though.So bored,i unintendedly made myself watch SEX AND THE CITY 6 times through the whole pain-causing weeks and just after the 6th time i came to my senses that

"wow this uncensored version really is reprehensible!"

Okay fine! I knew it all along that it was the uncensored version but hey, i am every inch fashionista and SaTC should be in this memory box.It was free anyway.Stuffs taste better when they are free kan?Kan? No wonder-lah FINAS insisted to tapis all these foreign movies.It's hot anyway!!

I don't know whether this is because of the boringness the reality exudes everyday in my life or because of the fact that i'm growing up but i can't seem to find my remote control.i feel like i am no longer in charge in this convoluted little narrative.I no longer feel connected to people around me, to this life i am living right now.i mean,reality should be fun kan?we should have dramas to ornate our lives kan?i'm guessing that i am walking way too near to the fine line.Who else to be blamed for that?Aku la.

i know it's quite a plethora of whining coming from me.Who cares anyway?But at this moment,all i want to do is to hug someone...Hug 'em so tight, lose my composure,cry and let tears dry on their shoulder.I am a far-flung solitary + fragile-emotioned lad.....................

Stop lah!!No mood already!! Feel like crying litres of tears now!!

Tuesday, December 9, 2008

Tentatif Suka

Syukur pada rahmat dari langit....Aku baharu siap berujian SAT Sabtu kemarin.

Vocab hampir semua sukar.Bahagian mushaf awal pun tiada sempat aku penuhkan.

Apa lagi di situ jika bukan Tawakkal?Harap mereka terhidu setanggi siratan benak di situ.

Hari ini Raya Korban.Pagi aku hingga ke tengahari di Kuantan terlalu bosan.Tergolek sana tergolek sini mcm hero Industan kejar heroin dia.

Hendak aku bontoti abah ke teratak saudara membuat sembelihan aku tiada kenal jurai sebelah sana.Hendak menolong tiada yang perlu.Jika tidak pergi dicop sombong.Persetankan.Aku malas hendak menyibuk kala sekian sibuk melapah.Lantak la.

Sudah aku ini mabuk darah.Intisari Tv pula tiada menarik kecuali gema memuji Allah.Cukup sempurna di situ.

Cuma belah awan malam mula berkabung aku pecah perut ketawakan bonda saudara yang tidak habis habis terpekik terlolong melatah dicokek abah dan ayah saudara.

Lucu sungguh latah!Abah aku cokek sewaktu mahu bersalam dengan nenda,terus latah mahu digenyeh muka nenda dengan buku limanya.Mujur sempat mengelak.

"Aku kata aku tumbuk aku tumbuk!Weeeeelahhh!! Eiii"
"Eii jangan tumbuk chek ni!!!"
"Jangan tumbuk!!Tumbuk!Eh jangaan!!Menatang mu Aziz weeeiiii, eh!Babi mu!Eh babi pulok!"

Abah pantas berlari ke dapur sampir ketawa besar.

Di dapur pula.sewaktu bonda saudara makan,tak semena mena ayah saudara datang menepuk meja sampil menghulur kaki lembu ke mulut.Ternganga nganga org tua itu mahu mengigit kuku kaki lembu.

"Hah nganga,nganga!! Sedaaap kaki ni"
"Errrmmm sedaaapp kaki!Kaki mu ke?!eh kaki sape ni hangus ni?!!Eh!!Hangit bodo!!"
"Makanla kaki ni.Sedaap!!"
"Sedaaapp awaak!!Auum auum auum!Ehh!Menatang mu Ngani weiii!!!"

Kemudian datang ibu saudara datang bawa rebusan perut lembu yang berasap dan letak di telinganya.Terloncat loncat melompat telinganya berkebuk dengan asap rebusan.

"Ah ah ah ah!Panes panes panes!! Wei la perut lembu berasap!!!"

*ketawa seorang diri

Aduhai.....Tawa aku hanya tentatif hari ini.Aku pulang ke Kemaman sunggul.

Tuesday, December 2, 2008

Usah fragile ikut aku....

Detik ini aku pulang ke teduhan buruk aku gelar raudah dunia bagi aku dari jamuan sesama handai.Inilah syurga.Di sini aku dapat segala dan hilang semua.Banyak yang aku mahukan dan mahu padam.

Di sini aku..
:bohong solat.......dirotan disebat ayahanda
:melawan.............dikejar bonda ditibai cukup cukup
:ingkar agama.....itulah antara ratahan mula mula di blog ini

:terlelap di teduhan nenenda sebelah.........dituduh mencuri Rm200 (oleh galur darah sendiri)
:jatuh menunggeng tika tengkujuh..............termakan lumpur dan tanah dan gigi bergoyang
:meninggi nada bicara....................................ditampar mak teh aku
:simpan (bukan curi) batuan warisan moyang......bonda maafkan aku

:gaduh sama teman................aku koyak bakar barangan dan terajang kerusi meja
:menangis tengah malam......merintih timbunan dosa
:diburu malapetaka................kemaskan genggam pada warisan Rasulullah


:perang sama abang...........(malu nk tunjuk gambar) aku gunting rabak spender dia!!!
:manjakan bonda................belikan sepatu berkotak kotak


:selalu gelakkan abah......inovasi yang pelik tetapi praktical
:menyorok dari pura puraan memanis muka sama teman2 baharu di sana
:ada handai yang cakna walaupun acap menutup sebelah mata

Bertimbun yang aku rasa di sini dan tiada kurang yang aku ludahkan dan muntahkan kembali.Lorong aku mungkin takan bisa jadi seiridesen kalian...

Air mata menitis layangkan hidup ini.Aku cemburukan dan sering gembira melihat mereka yang gagah menatang mimpi mimpi dan muncul seakan backpackers merantau melihat taburan permata hijau biru Ilahi di bumi ini.

Ke sana ke mari tanpa tekanan dari mana arah.

Aku tersenyum girang melihat insan terloncat loncat puas hanya sekadar C dalan ujian.Langkah mereka ringan dan canting dunia ini tampak mudah berbanding dari platform aku.Mereka enjoy dan senyuman itu seolah zikir harian.

Mungkin ada yang berdesis bilang nada aku tiada syukur.

Iya...aku 9A1 1A2 masa spm
aku even terpilih ke temuduga Bank Negara (aku tolak mentah2 kerna inferior komplex)
aku dikalung tajaan kerajaan ke Amerika
aku dapat hampir semua yang setiap pelajar idamkan

Dan Alhamdulillah aku iringkan sepanjang jalan.

Kemana lagi aku mampu tuju jika bukan pada jalan kepala otak ini dipegang dan ditaling?Dan jalan ini hampir mustahil untuk buat u-turn.

Suka atau tidak.Aku kuburkan mimpi kerna tiada boleh aku menatangnya lagi.Bukan dalam separuh dekad ini.

Hati ini akan cuba aku terus ikhlaskan dan terus ke hadapan.

Aku sekadar hidang isi hati ini sebagai bufet kalian boleh ratah sama bukan tergedik gedik mahu merengek itu ini.

Jangan teladani aku.Aku ini buruk.

Pada kalian yang meratah ini,aku doakan kalian tatang mimpi kalian molek molek dan buat apa yang buat kalian bahagiakan.

Semoga kalian happy everyday biarpun tidak all day everyday tapi moga moga everyday.

Aku sayang kalian!!

Sunday, November 30, 2008

Tegur Aku!! (^_^)//

Aku sedang meratah vocab vocab BI untuk bekalan satu ujian 6 Dec ini.Menyusahkan sungguh......

Ratusan pula perlu aku hadam.Mahu dilafaz hingga tersembur biji mata aku.Loghat Perancisnya la, loghat Itali lah.Tersengih sengih aku mahu tutur satu persatu.

Mengapa perlu ujian?Aku rela berakademik hingga mati jika tiada ujian.Bagi aku ujian ini satu timbangan berselubungkan nasib dan berrempahkan tuah. Terutama bagi aku,seraya insan otaknya penuh dengan sekian hal.Hari ini dan masa yang dilingkup hijab Allah.

Tambahan aku kurang minat dengan kursusan aku ini.Tidak segagah ilham aku terhadap halus mayangnya seni.

Jika kalian nampak aku melenggang kangkung di StarHill atau mana Kuala Lumpur, tegurla ya?Mungkin tiada perasan aku jika leka.Tegur la ya?

Tuesday, November 25, 2008

BACA INI !!!!!!!!

Kini aku baharu tatap puisitepijalan.Aku geram benar dengan kalian yang gemar bicara mengharap sang pengarap sempurna zahir batin.Subhanallah....mengapa kita penuh benar rengekan?

Apa kalian layangkan dalan benak?Apa kalian harapkan?

Kebenaran?Kesempurnaan? Atau pada yang berkaitan: Nirvana?

Sini kita bicara tentang dondangan hati dan kuah kehidupan tidak pernah melelong tanda harga diri pada yang tidak sepatutnya.Di sana aku baca,mengutuk.Di sini aku tatap,lantang meningkah.Kita takan bingkas laung di sini bangkit dari kuburan muka dan badan penuh wahyu hidayah.

Kita takan pernah sempurna.Jika yang kurang jelas,kita tanyakan.Yang salah betulkan bukan tambah nanah pada yang luka.Sukar benarkah untuk sama kita akui semua itu tentuan di langit bukan hakiman fana ini?Aku geram benar.

Maafkan aku jika aku membaca sekalian dengan nada tiada sama kalian.Dan bagi yang berpatut, aku juga menegur dan minta ditegur kembali lantas mengapa perlu kita koyak rabakan pekung di dada yang lain dan kita sendiri?

Bear in mind people kita ini Allah khabarkan "MANUSIA YANG KELUH KESAH".Di sana bicara cacat.Di sini berkata londeh sana sini.Sempurna bukan di sini kalian!!

Senang mulut berhambur itu ini,pernah kita fikirkan lendir busuk itu dari luka nanahan kita yang sering berdosa samada dosa kering atau basah?

Sendiri mahu ingat ler wei.

Dunia ini sama insan kita bangkitkan itu,cantas dahan buruk sekali bunganya.

Molekkah itu?

Di akhirat sekian juga bertekak dengan Malaikat persoal mengapa tidak dicatit amalan dunia yang siang malam bangun mengaji dan solah.Malaikat katakan TIDAK kita pantas melawan YA!!

Bagaimana watakan didunia itulah watakan kita di sana.

Aku pun lagi tidak sempurna dan jijik.Takan sempurna!Nokhtah di situ.

Kita tatap dan timbang dengan ilmu.Jangan mengigit jika salah,betulkan dengan ikhlas.

Bagaimana itu ikhlas?Kalian tentukan.Aku malas megukur kerna aku tahu apa ikhlas buat aku.

Saturday, November 22, 2008

Lawak ke Kedekut ke Malas??

Abah sungguh aku tiada sangka begitu kreatif,inovatif,perservatif dan panjang betul akal meleraikan komplikasi anak anak.Aku benar benar tidak sangka hingga ke situ tahap fiil abah yang....entahla ke lubang mana aku hendak humban watakan abah aku.

Hingga ini,setiap tatapan ke lelangit kamar pasti melarik sengihan tiada ubah manusia sembelit tak pun umpana lalat yang menganga mulutnya seluas luas hendak menelan butir durian.Aku benar benar tak tahu apa yang aku boleh katakan.

Cuma kalian lihat.

Itulah sistem pembentungan air hujan!! Yang abah aku dengan girang hatinya stapler di lelangit kamar.

Hari itu tengkujuh sangat lebat dan kamar kampungan aku itu pun bocor la.Habis lecuh katil tiduran aku.Kalian lihat sistem pembentungan itu ada 2 fasa unik.

1) Fasa air terjun ajaib.

Perasan benda alah putih itu?Itu sebenarnya benda alah yang electrician guna untuk menutup jaluran pendawaian current di dinding dan dengan bangganya ayahanda aku sambung dan guna sebagai pengalir air hujan yang jatuh mencurah dari lelangit menuju ke tingkap.

Tak semena mena dan tiada pasal aku punya fountain free dalam kamaran.Best dan enak bukan?

2) Fasa gelongsor air Sunway Lagoon.

Menatang alah fountain aku itu mula disfunction pabila belahan lelangit kamar aku makin galak bocor.Basah kuyuh lagi katil aku malam itu.Dah menjadi jelmaan SpongeBob.

Abah aku ambil plastik yang insanely panjang dan tebal.Dia potong pada dua belahan dan satukan dengan pita pelekat.5 minit jeeerr dah siap.Terrer kan bapak aku? (~_^)" runsing betul aku.....

Kemudian dia sental stapler gun yang besor jin dan mula

PANG!! BANG!! PANG!! PANG!! BANG!!

*Ya Allah janganlah makin teruk siling bilik aku (doa sewaktu abah makin menggila menstapler)

Dan akhirnya...TAAADAAA terbentukan an ingenius kampong-ish marvel...Dan semenjak itu jugalah hingga ke hari ini, hujan tidak turun turun.Sungguh ironis!!

"Tak pasal pasal rabak siling bilik aku."

Kagum? Hohohohohoh \^o^/ Cara baik untuk kurangkan belanja domestik?Atau kemalasan yang tiada tolok bandinganya? Mwahahaa *ketawa x sedar diri

Apa pendapatan kalian?




Monday, November 17, 2008

C.E.@ itu adalah? Dan dia sakit...

C.E.@ itu nama aku : Che Engku Amin.Benar benar aku lupa khabarkan pada kalian.Panggil aku apa sahaja yang kalian senang.

Selamat berkenalan semua.... (^-^)/

Jangan risau hidup aku masih bosan......Belakang hari ini banyak yang aku layangkan.

Pertamanya.... Si "Putih Kemerahan" yang sakit dek hamburan ciken cop dan lama tidak membalas kiriman aku.Pertama aku dikhabarkan akan ciken cop itu, aku ketawa besar.Tidak tahu bahagian mana yang terasa lucunya.Pelik.Sangat pelik.

Aku angkat ganggang dan telefon dia.Aku gelakkan dia lagi kerna aku fikirkan "putih kemerahan" itu sakit kerna makan ciken cop....Tidak patut gelakan itu.Sungguh tidak sportis bukan?Rupanya ciken poks.Aku rabun.Tapi aku gelakkan si dia lagi.Lagi tidak patut kan?

Habis suara aku habiskan baru meminta maaf.Panas juga rasa bersalah itu.Hari berikutnya aku tanyakan lagi khabarnya.Dia bilang seluruh badannya mula pedih.Lagi menggunung bersalah di dada.

Adakah aku sayangkan dia? Tapi tidak pernah sedetik mata ini bertentang dengannya cuma sekali pertemuan itu 2 tahun lalu.Teman aku katakan "cepat rembat nanti orang lain kebas".Aku sendiri tidak pasti perasaan ini.Semuanya kabur.

HAAAAHHHHHH!! jeng je jeng *dah muncul dah mentol lampu meja atas kepala

Aku ingin kongsikan kalian satu episode dari akan kisah lucu dan malu aku dalam mengejar dia yang "putih kemerahan"......

Malu malu malu.....tak mengapa...aku bingkiskan juga agar ada yang kalian bisa ratah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku dipikul amanah pimpin kumpulan nyanyian sekolah sekian itu.Berminggu lamanya aku pimpin baru masa terakhir aku terpandang sepasang mata itu.Amat cantik sekali.Terketar sendi lutut untuk aku buka mulut bertanyakan namanya.......cuma sempat aku tegur sekali...

"Masamnya muka awak.Bergaduh dengan boyfren ker?"

Dia hanya masam mencuka tanpa aku ketahui namanya...
Bodoh bukan? Sangat bodoh.

Naluri melonjak untuk rapati dirinya namun ada SPM menanti dan begitu juga dia yang hanya menunggu ujian menjelang.Aku diamkan saja denyut hati..Galang ganti pada buku di atas meja untuk sehelai keputusan cemerlang.Setahun lamanya aku biarkan ia tersadai..

Cuti mula terik dan pula aku sibuk panggil kenalan sana sini kenaan si dia...Dek kerna aku tiada tahu namanya, aku takhtakan dia Zahra yang bermaksud "putih kemerahan" pada bayangan itu.Lama juga aku mencari.Puas diusik teman rapat mengenai Zahra.Siapa Zahra?Mana kenal?

Aku genggam rahsia itu agar tiada lalat yang mampu menghurungnya.Kemudian satu bisikan teman membawa aku kepada seorang gadis bernama Ain.Katanya dialah si "putih kemerahan" aku.Lagak aku cool sahaja walhal naluri ini berdondang sayang akan ketemu intan yang dicari.Dia berikan aku nombor hubungannya....Mantap gilaa

Lantas mulalah aku kenal kenal hati budinya...Dia kagum dengan aku yang terus terang berkhabar padanya yakni aku suka padanya....So far so good kan?YEESS!! Pernah juga dia sangsikan bahwa dia adalah yang aku cari.Aku enggan percaya...Berbulan aku habiskan untuk mencari mustahil pula....

Teguh ingatan hampir sebulan berbalas kiriman dan pada itu yang mulia Ramadhan..Dan satu malam ini sangsian memuncak dan dia bingkas bertegas dia bukan Zahra yang aku kejar selama ini.Mana mungkin akan aku percaya.Dia bertegas seakan mula syak bagaikan aku selama ini bohong.

Jadi tiba detik tengah malam,aku unjurkan agar bertukar potrait masing masing...Dia setuju.....

Subhanallah....Rahang aku bagai ditarik dengan sorongan lembu,mata bagai dicungkil dengan sudu dan suara aku bagai jatuh berkecai ke lantai apabila sungguh bukan dia yang aku kejarkan selama ini.aku dan dia speechless....Sungguh speechless...Tidak lena malam itu hingga ke pagi.Malunya yang teramat hingga aku rasakan kucing aku sendiri macam setan mentertawakan aku.Jahat sungguh Tompok!!!

Puas aku mohon maaf padanya hingga merah muka gelap aku.Aku sangka dia biasa dan okay namun teman baik aku cepat mencelah katanya aku memberi harapan dan menyebab luka dek lirikan pena pada mushaf yang salah.Sebagai lelaki aku tak keruan melamunkan semua itu.Aku tidak akan pernah berniat melukakan jauh ingin mempermainkan.

Aku tawarkan untuk bertentang mata dan tebus memohon maaf namun dia enggan.Hingga kini aku rasakan dia bagaikan tidak pernah kenal aku.Aku tahu dia buang nombor talian dan aku ngerti sekian itu.Aku pasti rakan rakan nya juga tahu dan bencikan aku.Salah aku juga...

Eeii, malu malu malu malu malu malu malu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
So moral of the value, periksa dahulu jangan main redah jee.....ei malu nya hingga kini bertempek di muka ini...Eii tak le bla langsung...

Kemudian lama juga barulah aku bertemu dengan si dia yang "putih kemerahan" dan aku sangka aku takan bisa sukakan dia.Dia baik walau tidak pernah sekali aku lihat dia selepas 2 tahun itu.

Semoga kamu tegar dan sembuh pantas.......InsyaAllah...

Saturday, November 15, 2008

Eerrmm Tak Tahulah....

Aku bosan yang amat.....

Apa hendak aku kongsi di sini jika kala ini aku hanya tidur, makan, tengok tv dan jogging kala siang tunduk di ufuk barat?Aku tidak merantau sekerap kalian. (~_~)

Darul Iman mula tengkujuh....Sejuk sangat...

Aku hendak bakar roti.Cari kaya dan margerin...

Aku bakar roti,lesek kaya dan marjerin dan duduk di lambo* (balkoni rasanya)* menghidu titisan rahmat dari langit..

Hampir separuh Gardenia pek besar aku habiskan......Sendat usus aku dibuatnya.Sedap sungguh kaya.Tin kaya itu bagaikan memanggil aku.Aku palingkan muka.Tatap tin itu.Alis mata trangkat hingga ke langit pertama.

Sudah 4 bulan expired!

Patutla sedap............Hihi

Aku bosan kembali.....*aku hembus nafas berat

Aku tawarkan jadi seorang nanny pada cilik guruan aku.Pergi ke rumahnya petang mengajar ilmu hisab dan kehidupan.

Fi'el macam sumo dalam badan burung murai!

Bergusti dengan aku ke sana ke mari.Londeh seluar aku bergomol dengannya...Nasib baik pakai boxer...Kalau tak,haru!Haha

Baru darjah 5 baru tu........Aku senang though.Aku tiada yang bongsu dalam family.

Cilik itu gempal.Pertama kali bertemu lepas setengah tahun aku sambung belajar dia datang dengan muka serius sambil mencerut perut.Konon konon macam disarung strapless dress lengkap dengan Victorian korset.

"Hah!!!Tengok pinggang i niy...i exercise selalu tau.Haaaa sekarang i dah kurus dah you know"

Aku lihat perutnya...Alis mata terangkat sekali lagi ke langit.Mahu saja aku tangan budak loyar buruk ni....Bagi aku amat amusing....

Semalam mamanya telefon berkhabarkan mengapa aku tidak hadir Khamis sebelumnya.Ramah hingga lalai berceloteh...Dulu cilik itu pernah dapat C untuk hisap.Amuklah mamanya.Selambanya dia menjawap

"Eleh mama,nasib baik dapat C tuh!Kalau dapat D kan mama pulak malu,kan kan?" diangkat keningnya berkali..

Kala ini dapat A pula.Dia dapatkan mama jurus berkata

"Haaah!!Tengok nie dah dapat A dah niy.Mama tak nak melompat keeeerrrr?Eleh....."

Pecah perut aku....

Haiy budak budak (^_~)"...........Bagaimana rasanya ada adik?Ada kakak?Aku mungkin takan pernah bisa tahu......

Hahaha.....*ketawa suram dan bosan......

Tuesday, November 11, 2008

Takan aku Tangisi Yang Bukan Milikku

Lamunan aku lama sekali selepas Fynn catit di dahi ini sebagai SI RABUN.....

SI RABUN aku fikir..........

Aku bingkas sedar khilaf aku sekian ini.

Seunjur perkelanaan ini,Aku kecewa dengan bingkisan yang luput ghaib dari genggaman jemari ini.

Hampa kerna mintaan yang tidak terjawap.

Lara pada realiti yang tidak seharum harapan.

Sekian,aku pikirkan aku beruntung kerna saat naluri lelaki ini bergoncang,masih ada setitik sinar harapan yang aku pautkan meredah kabus ini.

Syukurnya ada kudrat ke majlis ilmu yang mengalas tenangan jiwa.

Aku kejar berbagai impian hingga sukarnya aku bernafas dalam kegagalan bangkit pada hak aku tidak perlu tangisi apa yang bukan milikku.

Hidup ini tiada batasan dan tak punya satu pangkal hukum.

"Kita harus cemerlang"
"Harus bahgia dengan cinta"
"Harus hidup bermakna"

Dan bagaian harus harus yang sekaliannya.

Hakikat kegagalan tiada terengkuhnya apa yang termaktub bukan hak kita.Apa yang menjadi jatah duniawi adalah ketentuan di langit bukan hakiman kita.

Iya.kini aku tahu.Mesti matian matian aku kejar,apa yang bukan hak itu takan persis berakhir dalam genggaman ini.

Untuk inilah...sekali lagi aku tinggalkan lagi satu hijab.

Maafkan aku sahabat semua kerna menutup nama ku selama ini.Tidak adil aku sangka buat kalian.

Aku lelaki harus tegar berdepan dengan apa yang aku cetuskan.

Semula,aku hulurkan selangit pohonan maaf dan semesta kasih untuk kembali menjadi teman kalian yang baru.

Dan aku sisipkan photo aku yang paling lebar senyumnya.Biar biar.....lantak!Walau apapun....aku masih yang dulu, *better photo i think*

Wahai sekian penatap,aku mau berjalan dengan kalian!!

Benarkan aku ikut kalian dan pimpin tangan kecil ini

Dan.....Fynn....Terima Kasih.

Takan lagi aku tangisi apa yang bukan aku miliki.

C'est La Vie!!!

Monday, November 10, 2008

Warisan

Pernahkah kalian detikkan rasaan jauh dengan kelurga?
Pernahkah kalian cemburui jalanan keluarga handai?

Sekian itu rasa aku.....

Abah mengadu sakit pinggang ditanbah sakit belakang kelmarin.Geram benar aku.Sekarang baru hendak diburu kelindan untuk sama tolong kerja harian.Aku kasihankan abah.Profession sendiri tapi beban tak ubah seperti kerja kuli.

Dari dulu,aku sibuk memekak siang malam cari kelindan.Tak laku sesen kata kata aku.Balik aku yang ditenyeh pemalas.Itu yang aku rasa...Aku belajar jauh pula tiada mahir kerja demikian.Sulungan family sudah mula praktical di company kelautan.

Semalam,aku dikerah mengangkat barangan kerna abah mula muntah muntah dek dihentam migrain.

Geram.Kasihan.Simpati.Semua lengkap satu pakej.

Sunbhanallah.....satu per satu cebisan itu mencecah 10 kilo satunya.Aku tahan.Aku muda.Kutatap riaknya berkerut kerut mengangkat sekian rezeki itu.

Jurai keturunan family aku pikir amat lain dari kalian.Aku acap lihat family teman dan sekitarku rapat dalam segenap bucu.Susah sama diredah senang sama berbahagi.

Galur keluargaku?Tidak pernah.Mengapa?Adakah hidup ini tidak adil?Itu tentuan di langit bukan hakiman aku.

Susah perit keluarga aku jarang yang menjenguk.Adalah yang terdekat dan terapat ngerti akan jerih itu.Bukan aku gilakan bantuan wang untuk tumpang berteduh.Aku kutuki meminta minta.Tapi jika bukan pada saudara bergantung atap dan beras nasi pada siapa lagi?

Bukan hendaknya aku buka pekung dada lagi jaja picisan ini tapi aku tidak ngerti.

Kala mereka sempit,kamulah saudara yang paling molek,kamulah yang terbaik,kamulah saudara dunia akhirat walhal bila saja puas meratah,tergolek golek periuk belanga,pinggan mangkuk,tulang belulang sisa makanan dan tolongan mereka sepahkan.Bahkan bila kembung perut,tersandar kekeyangan, berlari balik tanpa terima kasih.

Habis hilang saudara termolek dan saudara dunia akhirat.

Bukan wang jadi sayangan,itu boleh digali di ceruk mana pun,tapi terkilan hati ini lihat pekerti itu.Mengapa berkira?

Hidup kala senang duit bertempayan,bina teduhan konkrit besar,beli lampu kaca,bertukar tukar mobil ke sana ke mari untuk jadi megahan.......bila muka cium tersembam tanah nyata mula keluarga lain jadi bandingan.Katanya

"aku tidak sekaya engkau"
"Aku hidup susah melarat"
"Dia bolehlah,gelang emas sampai kesiku"
"Aku orang miskin"

Keluargakah itu?

Aku idam baling semula rengekan mereka biar berlendir muka sekalian dengan kebenaran.Aku bosan dengan mereka.Aku dengar sekian tapi aku diam.Abah pantang warisan kecil bersuara pada yang tua.Begitu juga bonda yang kerna hormatkan yang tua yang tidak senang aku berbalas walaupun benar.

Adat Melayu...........

Adakah aku warisan yang derhaka?
Adakah aku tidak bersyukur nikmat berkeluarga?

Kalian jawap.

Bisikkan jika kalian melihat sesuatu di balik yang tidak aku perasankan dalam cebisan taipan ini.

Aku sudah tidak tahu...Bantu aku dalam pencarian ini

Saturday, November 8, 2008

Sebagai Manusia Aku Sayang Padamu

Tiada bingkisan menarik di TV.Mata ini degil susah hendak aku katub.Aku jemu lagi bosan.Segera aku larikkan pandangan ini pada satu lapangan yg acap kali aku tatap kerna aku jua mencintai kias lenggok bahasanya,mencari kiriman baru.

Hampa.Belum lagi.Bukan malam ini.

Tiada tugasan aku pikir mahu membaca kiriman yang belum pernah aku tatap lagi.Pemiliknya tegar dan tiada kiat dalam berkias.

Aku kagum.

Namun tertarik aku akan satu coretan lontaran pembaca dan percikan pemiliknya.Hangat aku rasa.Bukan lagak jauhari ingin aku sembahkan tapi cuma bisikan hati aku tika aku tilik satu demi satu perkelanaan kata kata di sana.

Pernah datang pada aku situasi sama mungkin dalam genre yang berbeda.Cabarannya lain aku punya pasti lain.Perjalanan gelap aku selama ini jenuh membuahkan konflik dalam basis harian aku tak mengira dengan family,handai,guru dan tak kurang diri aku juga.

Tiada lintasan aku mahu menilai tapi sekadar mahu berkongsi atas sekian yang aku pelajari dari penglaratan hidup aku yang berkocak bergelombang badai hitam ini.

Aku pernah ada seorang guru suatu dulu.Sangat tegar guru itu, pantang bersuara atau kelewatan sedikit ke kelas pasti terhambur jika tidak berkoyan pasti secuit akan singgah menjerkah gegendang.Tika itu aku sungguh dan amat tidak berkenan caranya,perawakannya dan apa saja.Suatu hari,aku tunjukkan lawannya aku pada nya tatkala guru itu menghambat keluar seorang teman dari kelas dek tidak mampir kelasnya kerna menolong guru pelajaran moral membuat persiapan suatu majlis.

"Siapa lagi yang tidak suka dengan cara saya,boleh keluar sekarang!"

Aku ingat jerkahan itu.Beberapa teman yang barangkali sudah muak meluru keluar.Ingin sekali aku ikut mereka.Namun aku diamkan saja.Dia tanyakan aku

"Tengok kawan kamu semua.Adakah cara saya salah?"

Aku tenung anak matanya bak armada ingin berperang dan bilang "Ya"

Boleh aku khabarkan hampir hura hara satu alma mater hari itu.Bilik kepala teman teman ku serbu melaung rasa tidak puas hati.Tidak kurang guru itu ke sana ke mari bicara dan jaja akan kebiadapan aku dan rakan rakan.Dipanggilnya rakan aku beruk.

Tahun itu sangat panjang lamanya.Aku bermusuh dengan seorang guru.Mengelak bertemu mata dan menghulur salam.Aku benci padanya!Sangat benci!

Persis masa berlari menghemtam muka aku kembali,aku sedar aku bodoh dan baran.Tidak aku tahu apa yang rakan lain pikirkan,namun aku lepaskan sekian itu dalam pencarian aku mencari Ya Rabb.Aku pohon darinya ampun dan junjung maaf dan kemaafan darinya.sudah tidak aku kisahkan yang lain.

"Pergi mampos!"

Sejak itu,apa yang direjam,dijirus dan disimbah aku telan dengan nafas yang dalam dan aku renjis dengan kesabaran.

Walaupun naluri lelaki aku iyakan, memang lebih enak menemukan buku dengan ruas baginya tahu kilat usah dipanggil,ribut jangan ditunggu.Buku lali aku pun belum pernah merasa belulang pipi sekian yang lain.Bukankah mereka selalu bicara

"Revenge is so sweet because forgiveness is bitter"
"Lying so pleasant as telling the truth is hurt"...........bukan?

Suka aku membisik berniat pada kalian....usah dibenci dan membenci kerna setulusnya hati ini berazam atas nama Allah......

"Sesungguhnya sebagai manusia,aku akan tetap sayang kamu.........."

Saudara Mati

Semalam terdetik sesaat benak untuk mencari saudara mati.Nian aku membelek, klik sana sini...Akhirnya bersua hajat.Khabaran pada satu persoalan yang sering menggangu tidur malamku.

Dahulu,lena aku tanpa mana mana pendinding, kalimah tauhid dan acap kali aku tersentap bangun tercungap cungap.Tapi lena berlayar kembali.Sekian berterusan sepanjang hidup aku. Setulusnya aku pikir tiada apa.Sungguh.

Ingatan aku sekadar mainan tidur dan buaian setan saja.

Balik balik ini aku termenung.Mengapa sekian berlaku?Pasti ada sebab musabah nya.

Lantas, aku ketahui tidur itu saudara dekat mati.Berkali kali aku menelan air liur membaca ruangan itu.Tentang pengokataan janji janji Ilahi.Khabarnya, bagaimana sekian itu tidur,begitulah matinya dan bagaimana sekian itu bangun demikianlah bangkitnya di hari hisab nanti.Subhanallah...

Begitukah laki laki ini bakal bangkit kemudian hari?

Selama bertahun aku berbantal hingga di tengah hilangnya merah di langit mula tawar aku pasti terenjat dari lena.Dahiku berpeluh jantan, dada berombak bagaikan hendak terkencing diburu malaikat maut.Nafas aku pasti tersekat di halkum....Subhanallah...

Ada juga kala di hening embun membentuk, bangkitku disertai tangisan.Kerna apa?

Tak tahu.
Tak pasti.

Aku jarak sekali mimpian kurang enak dan tidak pernah yang manis.Lena ku selalunya kusam dan kosong.Tak ubah seperti merenung hamparan langit malam kelam tak berawan dan berbintang.

Kosong sama sekali.

Mungkinkah semua ini petanda?Petanda gerangan apa aku sendiri takan pasti dek kerna maksud yang dikaburi hijab Yang Esa.Cuma doa yang aku panjatkan.Aku pohon dipanjangkan umur untuk bertaubat dan terus mentaatiMu dan RasulMu.Aku takan pernah cocok menhidu syurgawi tapi aku gerun dihumban ke tujuh neraka yang hurufnya tiada dalam AL-Fatihah.

Amin Ya Rabbanal Alamin.......YA RABB

Friday, November 7, 2008

Terima Kasih...

Tersentak juga aku sedang belek belek skrol atas skrol bawah, perasan ada comment.

"Hah comment?"

Terketar ketar jemari aku melihat di sebalik comment itu.Aku langsung tidak menduganya.

Sungguh.Hati laki laki ini mula dikelubungi malu,takut,resah dan gelisah.Lidah aku mula kelu.

"Apakah yang kalian tulis?"
"Siapa yang mencoret?"
"Bagaimana kalian tahu akan blog ini?"

Berkali kali juga aku berishtighfar..........Takutkan penerimaan kalian.Adakah ada yang mencaci?Mencemuh?Adakah yang mmenghambur sumpah seranah?

Masakan tidak.Rahsia ini tidak pernah aku khabarkan kepada sesiapa.Satu perkataan pun tidak ku sampaikan kepada teman karibku.Tidak!

Family?Jauh ganggang dari api.Family aku tidak tahu dan takan tahu apa mengenai aku.Tidak aku tahu mengapa pendirian sedemikian.Ada konflik, aku lebih gemarkan konfrontasi individu atau paling kurang pun,aku menyisih bersendiri.

Ego?Mungkin.Aku lelaki.

Hidupku bagaikan aku jilid himpunan rahsia yang tiada sesiapa ketahuan.Inferior complex aku pikir.

Comment comment itu aku klik.......manusia rumit?eisya?fyn jamal?

Fyn jamal.Iya.aku sembahkan comment padanya.Yang lain?

Subhanallah,Subhanallah,Subhanallah....

Mata kupejam rapat.Kelopak aku angkat dan aku baca satu persatu.

ALhamdulillah.Kalian begitu memahami.Walaupun masih malu dengan expose keaiban sendiri aku gagahkan diri tersenyum.

Akhirnya.Sedikit lapang dada ini ada yang mendengar.(membaca sebenarnya)

Kini aku terpikir apakah yang akan teman teman aku akan katakan jika sekalian tahu perihal ini?Perihal aku tidak jujur dalam persahabatan?Bukan setahun atau 2 tahun berteman.Namun hampir 11 tahun umur persahabatan yang dibina.

Aku cuma boleh berharap sekalian tidak pernah tahu.Amukan hati sekali lagi mengganas.Aku sayang teman teman aku.Sayangnya aku hingga sanggup menjadi galang ganti dalam setiap pengorbanan.

Ya Allah.Tunjukkan aku siratalmustakim itu.......

Penghulu Segala Hari

Hari ini Jumaat.......

Satu kitaran 24 jam yang dulu merupakan satu kebencian.Sewaktu masihdi bawah ketiak keluarga,hari Jumaat dan Sabtu aku mesti pergi ke pondok agama.Proses pembelajaran yang teramat aku tidak suka dahulu.

Tidak sampai berasa jijik.

Belajar tidaklah lama,sekadar 2 jam saja tapi cukup cukup memeritkan.Bagi aku "bukankah masih ada hari tua untuk berduyun duyun ke kelas agama ?"

Demikian aku pantas pergi setiap miggu kerna walaupun aku begitu, aku tidak senang membahtah orang tua ku.

Iya,aku besar kepala sering bercakaran dengan family tapi menjadi satu norma bagi aku untuk beralah walaupun muncung sampai ke Teluk Parsi.Aku senang begitu.

"tak banyak soal" Hahaha....

Arwah ustaz aku persis laki laki yang sangat sporting.Sering kepala aku jadi sasaran tonyohkan siku.Ada kala sampai benjol.Dek kerna aku sangat bengap bahagian Tajwid dan Sirah.

Ketika itu,aku tidaklah kronik.Cuma selepas pemergiannya setan dalam hati makin menjadi jadi.

Bagai berkenduri menyambut pemergiannya.Hati aku tersangat sayu walhal.

Perginya seorang guru tak kembali.(Al-Fatihah)

Jumaat ini berlainan.Aku tenang amat.Walapun bangun pagiku selepas subuh hampir 12,hati ini meriah ingin pergi musolah.

Masjid hanya di depan rumah,sekadar jalan kaki.

Sepanjang itu aku basahkan bibir ini dengan Zikrullah dan selawat.

Sesekali teralih juga memori ini kepada penceritaan Heroes season 3.Bukan sekali tapi acap.

Teringatkan Desperate Housewives, dan ingin pergi swimming petang nanti.

Kacau sekali.

Setan!Apa lagi kerja mereka?

Aku layan.

Pertama kali,aku mampir ke masjid awal dan TIDAK TERTIDUR mendengar khutbah.Biasanya pasti meleleh air liur basi tersengguk sengguk.

"Lamanya imam ni.Tak nak lunch ke?"

Bila mula bersolah,mengumam lagi dalam hati

"Panjangnya ayat,sakit perut dah berdiri ni"

Jumat ini,aku syukur sekali.

Amat tenang.

and the rest of the day remains the same.Typical,boring and lame.

Tapi sesungguhnya aku aman!

Thursday, November 6, 2008

Hidup Baharu

Sedang mencoba bertarung dengan godaan Iblis yang kerap mampir untuk menyesatkan aku, kini datang lagi satu dugaan Allah........

Kejayaan aku dalam ujian lepas mempeluangkan aku untuk pergi ke seberang laut.Aku syukur teramat.Seberang jauh lebih jauh perjalanan ke Baitullah.Aku gembira amat.Namun sebelum itu,terlebih dahulu perlu aku ikut persediaan selama beberapa purnama.Hah!Tak aku kisahkan sekian itu.Apa susah?Cuma berjalan di salah satu fisabilillah.

Sepanjang aku menetap jauh dari perkampungan aku berkoyan koyan aku pelajari tak kurang juga yang coba rentap keimanan aku.Aku duduk di asrama bersama teman baharu.

Semuanya baik baik.Alhamdulillah......Pelajaran aku okay.InsyaAllah...

Ada antara teman aku itu sukanya kepada porno.Siapa aku untuk mengaibkan sedang aku sendiri jauh sekali dari bersih.Aku berusha untuk berenang kembali ke pangkal kerna aku ngerti sepenuhnya bagaimana kekotoran itu melumuri hati.Aku sayang melihatnya.

Sangat sayang.Dia lebih pintar dan molek parasnya dari aku.Sayang sungguh aku rasa.

Aku tegurnya namun dikata itu semua normal laki laki.Aku sekadar tersengih sengih kambing.Aku akui lantas laki laki mana yang tidak pernah pelihat porno?Tidak mustahil ada.Namun puratanya pasti pernah.Usah dibanding dengan aku.Masa silam yang gelap.Subhanallah...

Cukup di asrama.Di kelas lain macam pula problem.Aku tidak tahu dan tidak mau tahu apa penglihatan sekian kelas terhadap aku kerna aku tahu itu bakal menyakiti aku kembali.

Ada juga yang sering kali merendah rendahkan aku.Macam lah aku kisah akan semua itu.Mereke perlu lebih ampuh dari itu untuk menyakiti aku.

Berhari aku bangkit hanya untuk bersyukr dengan panjang umur dan membenci rutin harian.

Sukar sekali aku rasa untuk berhubung,berkongsi masalah dan berkongsi cerita.Hanya aku harapkan teman dari kolej lain dan ketemu untuk bergelak ketawa kira sebulan sekali.

Sesungguhnya aku sunyi sekali.......amat amat sunyi.Ke mana teman teman ku ketika aku kepingin akan diri kalian di sini?

Aku Rindu

Hari ini ku mampir kembali tenat
Mujur Azan sempat merengjat aku
Lantas ku teringatkan Nya
Kemudian dirimu....
Gema suaramu
Yang pernah kudengari satu kali dahulu
Amat ku rinduinya
Dan untuk keduanya......
Singkaplah tabir untukku
Untukmu tahu apa di genangan mata
Sesungguhnya aku ampuh menanti........
Aku lelaki yang sanggup mencanguk hingga si dia "putih kemerahan" itu tahu........................................

Wednesday, November 5, 2008

Titipan Kekesalan

"Kalam yg ku baca
Meningkah segala alpaku
Lama ku tinggalkan Zikrullah
Kerabat dan handaiku
Dan agak lama ku tinggalkan dirimu
Ku bangkit suatu malam
Tahjud sujud menyesal
Linangan berlari basah sejadah
Subhanallah..........
Ku berlari tanpa bekal
Pandangan belakangku kosong
Angin mendayu
Membawa ku ke permulaan
Alhamdulillah.........
Kini ku berjalan tenang
Alangkah baiknya"putih kemerahan" jika dirimu ada............."

Terus Hitam

Oleh kerna aku acap kali kehulu kehilir dengan rakan rakan perempuan, pandangan aku terhadap mereka sekalian adalah sama. Olah olah tidak ada tarikan langsung bak mana mana laki laki sebayaku tatkala melihat perempuan yang molek penampilannya.

Bagi aku mereka muncul seperti seadanya, langsung tidak membangkitkan mana mana perasaan. Pernah menerjah ke benakku, adakah mungkin satu hari nanti akan ada yang bisa menarik perhatianku?Wallahuallam............................aku sendiri tidak tahu.................

Tatkala itu,aku hanyut terkapai kapai dalam gelora songsang.Membatu berjam lamanya dalam kamar menghayati bahan yang dilaknat.Ngerti segala kalu aku dicatit namun aku tegar.Ah!Tak pernah aku pedulikan sekian itu. Bagiku, aku akan terus bernafas sehingga umurku puluhan tahun.Bolehlah bertaubat kemudian hari.BODOH sekali!

Tidak ada sesiapa yang tahu perihal ini.Aku malu sebenarnya menjadi disgrace kepada keluarga,rakan terutamatanya kepada agama.Malu yang teramat dek kejahilan.

Saban hari aku mengucap selawat, kononnya bertaubat.Kononnya..........Kemudian berlari kembali ke tabiat purba.Enak dikatakan itulah rutin harian.Bertaubat dan kembali membuat dosa.Semua itu tak ubah persis menghina agama aku sendiri.

Aku sangka penurutan kepada nafsu menggembirakan.Iya aku nafikan.Memang menyeronokkan namun kian aku hanyut, makin terasa sia sia yang menyiat dan kian membara kekosongan dalam hati ini.

"Hati yang kosong adalah hati yang tiada agama" kata kata seorang guru sering kali menjerkah.Aku bagaikan mayat hidup.Bernyawa plus kotor,busuk dan keji teramat.Adakah aku tiada agama?Adakah aku makhluk terkutuk?Adakah telah tertutup segala pintu keampunan untuk aku?

Melihat refleksi dalam chermin, aku melihat sekujur tubuh yang dilumuri sisa sisa dosa dan maksiat.Dari hujung ibu kaki hingga penghabisan rambut.................

Aku tidak pernah ketemu manusia saperti itu

Tidak ku kenali diri itu!!!!
Siapa kamu!!!!
Jauhi kamu dari aku!!!!!

Diri itu Aku......................................................

Tembok ego laki laki ku runtuh,mencair jatuh berjejeran mencecahi lantai.

Mataku bergenang

Lutut aku bagaikan tiada sendi,sedia rebah menyembam

Lidah aku kelu, kemana pergi kata kata yang selalu menghalalkan maksiat?Kemana??!!!Bangsat!!!!!!!

Aku jatuh melutut.Jernihan mengalir menderu menuruni pipi...................

Hati aku meraung tiada henti hari itu.....................

Tuesday, November 4, 2008

Coretan Purbakala

Pertama kalinya aku terseru membuat lapangan blog ku sendiri.......

Kerna sekian ini aku bosan merintih seorang diri.Sekian duka dan jejeran hanya berteman jiwa aku sorang diri.....aku sudah bosan memanggil handai dan sahabat. Untuk apa? Untuk perluangkan sekadar dua atau tiga minit mendengar kata ku.Adakah mereka? Tidak pernah! tidak pernah sekali!!!

ada pun hanya sekadar 5 saat bertanyakan samada aku okay atau tidak..................... tapi tak terlintas benakku meyalahkan kalian.Tak mengapa...Aku mengerti betapa hectic nya hidup kalian....aku ngerti

Sekian ini tida seorang pun yang tahu segala calar balar aku cetuskan seluruh badan ku dan yang aku alami. Sekian kisah hitam,songsang, dan tragis.Semuanya aku rasa amat alpa,leka dan teramat kotor sekali..........ingin sekali aku berkongsi dengan kalian, sahabat handaiku semua...................

namun takdir Tuhan aku terpanggil menulis ini untuk menjadi teladan kalian semua.

Bukan tingkah ku membuka pekung di dada,mengaibkan diriku namun ini aku loretkan menjadi lahapan pembaca yang bersimpati dan moga moga kalian hulurkan tali untuk aku berpaut.... sudah berkurun rasanya aku pendamkan semua ini.......Kala ini menyingkap satu hijab yang telah aku tinggalkan...........

blog ini menjadi meja penghidang kepada cerita laraku yang meratah segala iman,takwa, dan fitrahku sebagai seorang hamba Ilahi dan sebagai seorang lelaki...........

inilah aku seorang AzamKasturi

moga moga semua di sini sudi mendengar (membaca sebenarnya)